Tengah2 aku sibuk melayari hal-hal anwar, aku jumpa artitel yang menarik untuk dikongsi. Jadi aku kongsi dengan korang la, artikel ni dari H Fansuri, tajuknya `` Anwar dibunuh cara lama'' :
Pada 8:47:32 pagi, hari ini (29 Jun 2008) sebuah sms menerjah masuk ke ruang telefon bimbit saya. Saya sunting sedikit sms itu. Ia berbunyi:-
"28 Jun. DS Anwar Ibrahim telah difitnah dengan laporan polis oleh __ (seseorang yang saya namakan sebagai SB, orang kanannya yang hilang 2 hari), mendakwa diliwat DSAI. Usaha-usaha desperado untuk menyekat sokongan ke atas DSAI."
Rupa-rupanya, 'apa-apa' yang berlaku ke atas DSAI seperti yang ditulis semalam adalah berbentuk 'pembunuhan' reputasi dan imej DSAI sekali lagi dengan cara yang sama pada 10 tahun lalu (1998).
Dalam politik, membunuh bukanlah suatu yang susah dilakukan. Daripada orang-orang lama, kita biasa mendengar bagaimana diperlakukan ke atas arwah Zulkifli Muhammad di mana kecelakaan jalan raya itu menyebabkan ia seoleh-olah suatu kemalangan.
Kata orang, ini kerja polis. Sebab itu, apabila Buletin Utama tadi (8:00 p.m 29 Jun) mendedahkan banyak kenyataan polis yang mahu buat siasatan ke atas kes liwat, dari suatu sudut, kita tidak hairan.
Riwayat yang agak tersohor pernah juga menyebut bahawa Anwar hampir terbunuh dengan cara meletupkan helikopter yang hampir dinaikinya. Dan, apabila berlaku kes pembunuhan Altantuya, kita dengar pengakuan yang lebih menakutkan daripada polis.
"Saya pernah 'menghilangkan' 6 orang sebelum ini," kata seorang pegawai polis di dalam mahkamah.
Kata orang-orang yang selalu bergaul rapat dengan Pekida. Antara orang-orang yang telah 'dihilangkan' oleh pertubuhan itu ialah Ayah Pin sendiri. Kata-kata sinis, menyebutkan bahawa beliau berpindah ke kerajaan langit. Ayah Pin mungkin 'dihilangkan' dengan cara membunuh, mengelarnya dan entah apa lagi kemungkinan. "...orang kanannya yang hilang 2 hari." Ini maklumat sms yang saya terima. Mungkin ini sms tipu.
Pak Lah juga selalu berpesan agar jangan dengar maklumat khabar angin. Jadi, jangan percaya apa-apa yang saya sedang menulis ini. Bohong semuanya. Pak Lah dan Najib jangan tahan saya. Nanti, orang fikir apa yang saya tulis ini benar-benar belaka.
Jadi, berbalik kepada cerita orang kanannya yang hilang dua hari ini, saya sukar beri komen. Pernah juga saya bertanya, tetapi selama ini saya cuma sempat bertanya kepada jurubicara Anwar saja. Bukan bertanya Anwar sendiri. Tapi, seperti yang saya katakan awal-awal tadi, apa kata kalau maklumat itu benar? Apakah ada kemungkinan orang yang cuba dihilangkan itu telah dipaksa membuat pengakuan bahawa dirinya diliwat? Ini pun kemungkinan juga.
Ah! Jangan percaya. Saya bohong saja. Memang polis akan membuat tangkapan ISA pada waktu malam dan hal ini telah menjadi satu kebiasaan mereka. Tapi, siapakah pihak yang suka sangat mempromosikan kisah liwat-meliwat ini?
Sejak zaman saya di kuliah, ada sebuah akhbar yang kerap menjual cerita DSAI ada hubungan dengan Paul Wolfwitz dan kegiatan liwat tersebut. Dan nama akhbar itu adalah AKHBAR MAHASISWA. Ada seorang saksi yang saya harap beliau dapat namakan dalam ruangan ini berhubung akhbar ini. Beliau adalah Abdullah Karim, seorang pimpinan MPP UKM dahulu. Nama timangan beliau, Pak Lah Karim. Apabila warga editorial mahu menemuramah beliau untuk akhbar tersebut, Pak Lah Karim sengaja mencari jalan menyusahkan mereka. Dimintanya mereka memohon keizinan daripada NC UKM terlebih dahulu kerana Auku tidak mengizinkan pelajar mengeluarkan kenyataan tanpa izin NC. Maka, kata Abdullah Karim, beliau terlihat 'letter-head' yang digunakan itu ialah 'letter-head' Jabatan Perdana Menteri (JPM). Memang menjadi suatu kefahaman umum dalam kalangan warga universiti pada saat itu, bahawa pihak BTN (Biro Tatanegara) adalah antara yang mengelolakan akhbar itu.
Di USM, pada sekitar pertengahan atau akhir 2005, pihak BTN juga pernah mengutuk saya, Sook Hwa sebagai agen parti pembangkang. Semua itu bertujuan memberikan imej buruk ke atas kami. Akhbar Mahasiswa inilah yang paling kerap menaja kisah liwat DSAI, serta hubungan DSAI dengan Yahudi Paul Wolfwitz itu. Atau pun, dalam makna lain bolehlah kita membuat andaian seperti ini:- Akhbar Mahasiswa ada kaitan dengan BTN dan BTN berada di bawah JPM. Mungkinkah orang yang menaja kes liwat DSAI yang terbaru ini ada kaitan dengan BTN, Akhbar Mahasiswa dan JPM sendiri? Abdullah Ahmad Badawi perlu menjawab hal ini.
Pak Lah - Najib terperangkap dengan akuan berkanun Raja Petra
Dalam Buletin Utama tadi, Pak Lah menyebutkan bahawa beliau tidak tahu mengenai apa-apa pun berhubung kes liwat itu. "Jangan kata ini rancangan saya dan Dato' Najib..." kata Pak Lah lagi. Jadi beliau cuba menunjukkan bahawa biarlah pihak polis membuat siasatan. Agak panjang juga kenyataan Pak Lah tadi disiarkan Buletin Utama. Maka, nampaklah semacam tanda kepuasan, kebencian dan cemuhan Pak Lah ke atas musuh politiknya selama ini. Agak-agaknya kenapakah dengan tiba-tiba isu liwat 'seolah-olah' terpaksa disebutkan semula oleh Umno? Salah satu hipotesis dan andaian yang boleh saya kemukakan di sini ialah Pak Lah dan Najib terperangkap dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra yang menyebut kehadiran Rosmah ketika Altantuya dibunuh.
Najib dan Pak Lah betul-betul terpukul dengan akuan berkanun RPK ini. Mereka tak boleh menjawabnya. Jadi, timbul dendam tak kunjung padam ke atas mereka yang terlibat dalam menyusun akuan berkanun itu. Jadi, bagaimanakah Abdullah dan Najib mahu membalas kembali dendam mereka itu? Maka, inilah strategi yang sedang mereka gunakan. LIWAT! Ada dua 'faedah' yang boleh mereka kaut daripada fitnah ini. Pertamanya, dendam terlunas. Kedua, dengan cara inilah pemikiran rakyat terpesong dan tidak lagi sibuk memikirkan hal akuan berkanun yang ditulis RPK itu. Maka, dalam seminggu atau sebulan ini media-media aliran perdana akan dipaksa atau terpaksa mengolah cerita liwat dan secara tak sengaja akan tertutuplah kes akuan berkanun yang menjadi klimaks terhadap runtuhnya imej dan reputasi Abdullah dan Najib yang sememangnya telah runtuh itu.
Wallahu Ta'ala 'Alam ...
11:36 p.m, 29 Jun 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment