Monday, June 30, 2008
Kisah Benar : Pembalasan Isteri Yang Curang
Berita Pasal Anwar lagi
Pada 8:47:32 pagi, hari ini (29 Jun 2008) sebuah sms menerjah masuk ke ruang telefon bimbit saya. Saya sunting sedikit sms itu. Ia berbunyi:-
"28 Jun. DS Anwar Ibrahim telah difitnah dengan laporan polis oleh __ (seseorang yang saya namakan sebagai SB, orang kanannya yang hilang 2 hari), mendakwa diliwat DSAI. Usaha-usaha desperado untuk menyekat sokongan ke atas DSAI."
Rupa-rupanya, 'apa-apa' yang berlaku ke atas DSAI seperti yang ditulis semalam adalah berbentuk 'pembunuhan' reputasi dan imej DSAI sekali lagi dengan cara yang sama pada 10 tahun lalu (1998).
Dalam politik, membunuh bukanlah suatu yang susah dilakukan. Daripada orang-orang lama, kita biasa mendengar bagaimana diperlakukan ke atas arwah Zulkifli Muhammad di mana kecelakaan jalan raya itu menyebabkan ia seoleh-olah suatu kemalangan.
Kata orang, ini kerja polis. Sebab itu, apabila Buletin Utama tadi (8:00 p.m 29 Jun) mendedahkan banyak kenyataan polis yang mahu buat siasatan ke atas kes liwat, dari suatu sudut, kita tidak hairan.
Riwayat yang agak tersohor pernah juga menyebut bahawa Anwar hampir terbunuh dengan cara meletupkan helikopter yang hampir dinaikinya. Dan, apabila berlaku kes pembunuhan Altantuya, kita dengar pengakuan yang lebih menakutkan daripada polis.
"Saya pernah 'menghilangkan' 6 orang sebelum ini," kata seorang pegawai polis di dalam mahkamah.
Kata orang-orang yang selalu bergaul rapat dengan Pekida. Antara orang-orang yang telah 'dihilangkan' oleh pertubuhan itu ialah Ayah Pin sendiri. Kata-kata sinis, menyebutkan bahawa beliau berpindah ke kerajaan langit. Ayah Pin mungkin 'dihilangkan' dengan cara membunuh, mengelarnya dan entah apa lagi kemungkinan. "...orang kanannya yang hilang 2 hari." Ini maklumat sms yang saya terima. Mungkin ini sms tipu.
Pak Lah juga selalu berpesan agar jangan dengar maklumat khabar angin. Jadi, jangan percaya apa-apa yang saya sedang menulis ini. Bohong semuanya. Pak Lah dan Najib jangan tahan saya. Nanti, orang fikir apa yang saya tulis ini benar-benar belaka.
Jadi, berbalik kepada cerita orang kanannya yang hilang dua hari ini, saya sukar beri komen. Pernah juga saya bertanya, tetapi selama ini saya cuma sempat bertanya kepada jurubicara Anwar saja. Bukan bertanya Anwar sendiri. Tapi, seperti yang saya katakan awal-awal tadi, apa kata kalau maklumat itu benar? Apakah ada kemungkinan orang yang cuba dihilangkan itu telah dipaksa membuat pengakuan bahawa dirinya diliwat? Ini pun kemungkinan juga.
Ah! Jangan percaya. Saya bohong saja. Memang polis akan membuat tangkapan ISA pada waktu malam dan hal ini telah menjadi satu kebiasaan mereka. Tapi, siapakah pihak yang suka sangat mempromosikan kisah liwat-meliwat ini?
Sejak zaman saya di kuliah, ada sebuah akhbar yang kerap menjual cerita DSAI ada hubungan dengan Paul Wolfwitz dan kegiatan liwat tersebut. Dan nama akhbar itu adalah AKHBAR MAHASISWA. Ada seorang saksi yang saya harap beliau dapat namakan dalam ruangan ini berhubung akhbar ini. Beliau adalah Abdullah Karim, seorang pimpinan MPP UKM dahulu. Nama timangan beliau, Pak Lah Karim. Apabila warga editorial mahu menemuramah beliau untuk akhbar tersebut, Pak Lah Karim sengaja mencari jalan menyusahkan mereka. Dimintanya mereka memohon keizinan daripada NC UKM terlebih dahulu kerana Auku tidak mengizinkan pelajar mengeluarkan kenyataan tanpa izin NC. Maka, kata Abdullah Karim, beliau terlihat 'letter-head' yang digunakan itu ialah 'letter-head' Jabatan Perdana Menteri (JPM). Memang menjadi suatu kefahaman umum dalam kalangan warga universiti pada saat itu, bahawa pihak BTN (Biro Tatanegara) adalah antara yang mengelolakan akhbar itu.
Di USM, pada sekitar pertengahan atau akhir 2005, pihak BTN juga pernah mengutuk saya, Sook Hwa sebagai agen parti pembangkang. Semua itu bertujuan memberikan imej buruk ke atas kami. Akhbar Mahasiswa inilah yang paling kerap menaja kisah liwat DSAI, serta hubungan DSAI dengan Yahudi Paul Wolfwitz itu. Atau pun, dalam makna lain bolehlah kita membuat andaian seperti ini:- Akhbar Mahasiswa ada kaitan dengan BTN dan BTN berada di bawah JPM. Mungkinkah orang yang menaja kes liwat DSAI yang terbaru ini ada kaitan dengan BTN, Akhbar Mahasiswa dan JPM sendiri? Abdullah Ahmad Badawi perlu menjawab hal ini.
Pak Lah - Najib terperangkap dengan akuan berkanun Raja Petra
Dalam Buletin Utama tadi, Pak Lah menyebutkan bahawa beliau tidak tahu mengenai apa-apa pun berhubung kes liwat itu. "Jangan kata ini rancangan saya dan Dato' Najib..." kata Pak Lah lagi. Jadi beliau cuba menunjukkan bahawa biarlah pihak polis membuat siasatan. Agak panjang juga kenyataan Pak Lah tadi disiarkan Buletin Utama. Maka, nampaklah semacam tanda kepuasan, kebencian dan cemuhan Pak Lah ke atas musuh politiknya selama ini. Agak-agaknya kenapakah dengan tiba-tiba isu liwat 'seolah-olah' terpaksa disebutkan semula oleh Umno? Salah satu hipotesis dan andaian yang boleh saya kemukakan di sini ialah Pak Lah dan Najib terperangkap dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra yang menyebut kehadiran Rosmah ketika Altantuya dibunuh.
Najib dan Pak Lah betul-betul terpukul dengan akuan berkanun RPK ini. Mereka tak boleh menjawabnya. Jadi, timbul dendam tak kunjung padam ke atas mereka yang terlibat dalam menyusun akuan berkanun itu. Jadi, bagaimanakah Abdullah dan Najib mahu membalas kembali dendam mereka itu? Maka, inilah strategi yang sedang mereka gunakan. LIWAT! Ada dua 'faedah' yang boleh mereka kaut daripada fitnah ini. Pertamanya, dendam terlunas. Kedua, dengan cara inilah pemikiran rakyat terpesong dan tidak lagi sibuk memikirkan hal akuan berkanun yang ditulis RPK itu. Maka, dalam seminggu atau sebulan ini media-media aliran perdana akan dipaksa atau terpaksa mengolah cerita liwat dan secara tak sengaja akan tertutuplah kes akuan berkanun yang menjadi klimaks terhadap runtuhnya imej dan reputasi Abdullah dan Najib yang sememangnya telah runtuh itu.
Wallahu Ta'ala 'Alam ...
11:36 p.m, 29 Jun 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Kata-Kata Hikmah
- Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
- Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
- Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).
- Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).
- Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
- Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).
- Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).
- Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).
- Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
- Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
- Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka). - Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
( Hamka ). - Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ). - Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka )
Isu Anwar: Abim kongsi kebimbangan
Petikan Dari Malaysiakini....
Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang. Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR tiba kira-kira jam 6.40 tadi dan naib presidennya Azmin Ali sampai lima minit sebelumnya. Bercakap ringkas kepada media, Azmin berkata pihaknya berpuas hati dengan jaminan keselamatan kerajaan.Malaysiakini difahamkan beliau pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar jam 9 malam di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. Sementara itu, penyokong Anwar juga diminta berkumpul di tempat yang sama malam ini untuk mendengar amanat pemimpin tersebut.Kira-kira 250 penyokong Anwar dan wartawan menunggu-nunggu sidang media. Bagaimanapun menurut timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, ia telah dibatalkan.
Sunday, June 29, 2008
Lagi...
Hari ni aku teringin makan durian, jadi bila tau kat umah atok aku ada buah durian, aku terus pegi, lama x makan durian. Jadi aku terus start motor gi la umah atok aku. Bukan jauh sangat pun. Jadi kejap je aku dah ada kat umah atok aku. Hujan pun renyai2 turun sebaik saje aku sampai umah atok aku untuk makan durian. Jadi tanpa banyak seoal aku terus membelah durian untuk diambil isinya untuk dimasukkan ke dalam perut aku. Dan tiba2, terdengar bunyi telefon. Apa agaknya kan berita yang sampai. Kesedihan aku belum reda lagi kerana sahabat aku yang paling baik eksiden semalam, hari ni aku dapat lagi berita yang kurang baik. Sepupu aku, Mohd Zikri bin Hj Sukardi eksiden berhampiran dengan tempat sahabat aku eksiden. Aku terkejut. Sepupu aku minggu depan nak hantar tanda sebab nak tunang. Hm, aku nak ziarah dia, tapi xde kenderaan. Mungkin esok aku akan pergi kot, insyaAllah. Aku doakan semoga sahabat baik aku dan sepupu aku akan selamat sentiasa hendaknya. Aku doakan kedua-duanya cepat sembuh....
Saturday, June 28, 2008
Berita Sedih
Assalamualaikum semua...
Sunday, June 22, 2008
Hiburan VS Agama
Wednesday, June 18, 2008
Pak Lah Kepanasan, Menteri Terus Mengipas
- Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".
- Kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.
- Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.
- Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.
Dan sebagai respon segera kepada berita yang menggemparkan ini, Pak Lah yang kepanasan mungkin kerana makan banyak sangat wang rakyat ( maklum la wang haram jadi darah daging ), menteri yang lain semua mengipas Pak Lah. Ntah ape la yang dorang dapat dengan mengipas, mengampu Pak Lah tu. Dulu, mas zaman sahabat, duit rakyat tu sahabat nabi gunakan dengan penuh berhati-hati. Mereka turut mengasingkan antara lilin yang digunakan untuk peribadi dengan urusan negara. Ada ke benda tu pada Pak Lah? makin diguna duit cukai yang dibayar rakyat ada lah. Ingat la Pak Lah, dunia ni sementara je, kalau x dapat berlaku adil dengan semua, letak la jawatan. Dan menteri-menteri yang kuat mengampu, berhenti la. X de faedah korang buat semua tu. Rumah dah kata pergi, Kubur dah panggil mari, baik tambah amal ibadat. Tu la, Sabah dah jadi negeri termiskin di Malaysia. Pak Lah hanya tumpu pada semenanjung, yang kat Sabah dengan Sarawak, sebelah mata je. Ye la, Pak Lah kan sibuk bina koridor sana sini, duit habis kat situ je. Pastu kata kerajaan xde duit, naikkan harga minyak. naikkan harga barang. Bodoh la Pak Lah ni. Memang Bodoh sangat. Ingat rakyat percaya lagi kat dia, sekarang ni, yang percaya kat Pak Lah hanya menteri yang dapat tempias duit dari kerajaan Pak Lah. tu je. Janji dapat duit, selagi tu kipas Pak Lah. Hidup la Pak Lah dengan monyet dan kera peliharaannnya. Rakyat bukan bodoh...
Monday, June 9, 2008
Alhamdulillah, Result Dah Keluar..
Alhamdulillah, result untuk semester 2 sesi 07/08 dah keluar. Aku rasa lega dan bersyukur dengan keputusan exam ni. Walau x sampai tahap 4 flat atau dekan, tapi dapat juga pointer 3.xx. Hehe. Ni la hasil usaha aku sepanjang sem lepas. Aku dah cuba buat yang terbaik, selebihnya aku serahkan pada-Nya. Naik sem ni, aku dah ada di tahun akhir, aku akan cuba buat yang terbaik. Aku nak naikkan lagi pointer untuk kepuasan diri aku sendiri. Walau dah hampir 6 tahun aku bertapa di UM, termasuk 2 tahun di APIUM Nilam Puri, aku sangat gembira dalam dunia keilmuan ini. Nanti dah kuar, aku jadi cikgu@Ustaz@pensyarah, semua ni aku x akan jumpa lagi. Aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk tahun terakhir aku ada kat UM ni, semoga segala penat lelah aku menuntut ilmu sama ada secara formal atau tak, akan menghasilkan manfaat yang berguna di dunia dan akhirat. Untuk rakan-rakan seangkatan dalam lajnah SMPI batch 05/06, aku doakan kita semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang untuk bekalan hari-hari mendatang. Rasa ni je dulu kot aku nak tulis, ada keje nak buat.
Sunday, June 8, 2008
Potong Elaun, Henti Koridor
Elaun pada menteri kena dipotong. Aku harap semua dapat sokong cadangan ni. Ye la, kalau diikutkan, gaji menteri dah berbelas dan berpuluh ribu, tambah lagi ada elaun kereta la, telefon la, ape2 lagi yang memakan duit rakyat. Konon suruh rakyat jimat cermat, faham situasi, tapi Pak Lah dengan Najib sama juga. Rakyat tengah susah hati sebab kenaikan mendadak harga minyak dan barang keperluan, tapi Pak Lah ketawa tengok keadaan macam ni. Sebab Pak Lah dah x minat nak tadbir negara. Dia tau rakyat akan marah, tapi kenapa naikkan secara mendadak. Sekarang harga barang dan tiket bas melambung. Apa akan jadi. Geliga sungguh kepala hotak sebab dah susahkan hidup aku dan orang lain. Sedangkan Pak Lah dan pak turut yang lain sedap2 naik kereta kerajaan yang ditukar ikut suka hati dorang, elaun itu ini yang banyak, tapi rakyat dapat apa. Pak Lah memang bodoh, x tau beza agaknya Ogos dengan Jun. Kata nak naikkan minyak pun bulan Ogos, tapi ni baru bulan Jun. Udah-udah la dengan koridor yang dah banyak guna duit rakyat, dan Najib dengan kapal selam dan helikopter. Lain kalai nilai la dulu kewangan. Ni koridor kat selatan, utara, timur, ingat buat semua tu murah. Dah pandai makan duit rakyat, pastu suruh rakyat yang jimat. Pak Lah dan pak turut dalam kabinet x payah jimat, guna je elaun sesuka hati. Iye la, Pak Lah kan dah tua, kena bantuan menantu untuk tadbir negara. Lagipun Pak Lah kan suka tidur, sebab tu buat keputusan macam orang x cukup akal. Orang yang xde akal je suka dengan tindakan Pak Lah ni. LETAK JAWATAN lagi bagus, bagi yang berhak. Jangan la nak kaburkan mata rakyat dengan agama, dengan duit yang kononnya nak pulangkan subsidi. Rakyat bukan bodoh. Jangan marah kalau buat demo dan desak letak jawatan. Berhentikan la pembinaan koridor ekonomi, potong elaun menteri. Jangan syok sendiri la PAK LAH....
Wednesday, June 4, 2008
Sebab Koridor, Minyak Naik Harga
Hari ni secara rasmi harga minyak naik di Malaysia. Pelbagai reaksi diterima dari lapisan masyarakat yang terkejut dengan berita yang menggemparkan negara ini. Tanpa ada sebarang tanda atau alamat, Pak Lah dengan bangga dan egonya mengumumkan bahawa minyak dinaikkan harga. Kenapa semua ni terjadi sedangkan kita adalah negara yang mempunyai minyak sendiri, dan janji pilihanraya yang mengatakan bahawa minyak tidak akan dinaikkan harga. Hidup semua rakyat menjadi kelam-kabut, dan Pak Lah tetap bersama habit kegemarannya, TIDUR. Dengan pembinaan koridor di seluruh negara yang telah menghabiskan duit pembayar cukai, dan kegemaran Pak Lah pergi keluar negara untuk urusan yang ntah ape2, sebagai langkah untuk menyelamatkan diri, Pak Lah menaikkan harga minyak sesuka hati. Walau katanya tetap diberi subsidi, tetapi adakah golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana akan hidup dengan selesa? Jauh sekali kerana apabila minyak naik, harga barangan tetap akan naik walau kata pak menteri harga barang akan dikawal. Sebelum ini pun konon nak kawal harga barang, tapi bila ditekan dan terus ditekan, kerajaan mengalah dan harga dinaikkan. Apakah ini semua kerana KUASA yang Pak Lah ada digunakan sepenuhnya. Ingatlah wahai Pak Lah, tanpa rakyar yang mengundi dan memberi sokongan, tak mungkin Pak Lah akan ada di kerusi PM, x mungkin Pak Lah dan partinya akan memerintah negara. Adakah kerana gaji Pak Lah tinggi, gaji menteri pun berbelas dan berpuluh ribu, nasib orang bawahan yang menyokong diabaikan? Rupa-rupanya rakyat di bawah hanya diperbodohkan oleh Pak Lah semata-mata untuk terus barada di kerusi PM. Hm, rupanya tersilap membiarkan BN memerintah negara. Ekonomi negara yang terus tidak stabil dan tidak terkawal menyebabkan semakin ramai rakyat akan menjadi miskin. Hentikanlah pembinaan koridor yang menelan duit rakyat itu. Tumpu pada perkara yang sepatutnya diambil berat. Sejak Pak Lah jadi PM ni, Malaysia menjadi lemah, bangsa melayu jadi semakin lesu, semua gara-gara Pak Lah. Kenapa berbaza dengan zaman Tun ye? Aku memang hormat papa Tun, kerana Malaysia semasa pemerintahannya menjadi negara yang disegani, tetapi di bawah Pak Lah menjadi bahan ketawa negara asing. Aku cuku BENCI semua ni, HIDUP TUN !!!