Monday, December 15, 2008

Ketenangan

Alhamdulillah, terasa damai sekarang menjelma di jiwa. Aku xtau kenape. Mungkin kerana sebab berada dekat dengan famili, jadi aku x perlu nak runsing lagi. Ye la, sebab sekarang pun tengah cuti sem. Naik sem ni, aku dah berada di semester akhir sebelum aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan pula. Hm, terasa singkat masa yang berlalu. Walaupun sebenarnya 6 tahun aku di UM. Kepada sahabat yang dah mendirikan masjid, aku ucapkan tahniah, aku doakan mereka akan bahagia di dunia dan di akhirat. Aku? hehe, belum lagi masanya. Nanti la, adik2 aku ada 4 orang yang masih lagi studi. Sebagai anak sulung, aku kena jaga dorang bila aku dah lepas belajar. Untuk sahabat baik aku, x payah la susah2 diri nak bebaik, aku ok je. Yang lepas tu lepaslah. Aku lebih suka nak pandang ke hadapan. Perancangan jangka masa panjang pun dah ada dalam kepala aku, cuma macam mane aku nak realisasikan apa yang aku rancang. Masa cuti ni mengajar tuisyen, rasa seronok sangat. Macam-macam ragam budak-budak aku hadapi, tapi xpe. Aku mengajar dari rumah ke rumah, jadi x la berat sangat. Ni la pengalaman berguna walau aku pernah juga menjadi guru ganti di SK Bandar Putra, Kulaijaya. Semua ni adalah pengalaman dan kenangan yang aku memang x akan lupakan...  

Wednesday, December 10, 2008

Tanah Runtuh : Bala dan Peringatan

Baru2 ni kita dikejutkan dengan satu kejadian malang yang menimpa penduduk di Kuala Lumpur, dan lebih spesifik, di Bukit Antarabangsa. Kejadian itu adalah tanah runtuh yang menimpa beberapa buah rumah mewah dan kereta mewah. Ini adalah peringatan yang nyata daripada pemilik dunia ini, agar kita semua kembali kepada ajaran-Nya. Apabila berlakunya kejadian ini, aku segera berfikir, mengapa kejadian ini berlaku di kawasan yang dikatakan sebagai kawasan perumahan mewah, yang mana penduduknya adalah berpendapatan berbelas dan berpuluh ribu sebulan. Semestinya ada sesuatu yang berlaku di kawasan itu sehingga terjadinya kejadian tanah runtuh. Tetapi selepas beberapa hari, aku melihat berita di televisyen, dinyatakan bahawa pakaian dan makanan yang disumbangkan oleh orang ramai dibuang di tempat pembuangan sampah. Mengapa sampai begitu sekali pembaziran dan ego yang ditunjukkan oleh mangsa kejadian. Memang patut pun mereka diberi sedikit amaran atas apa yang mereka lakukan. Kalau di negara lain, mereka menunggu sumbangan sebegitu, tetapi penduduk di sini, membuang makanan yang disediakan. Adakah hina menerima sumbangan makanan dan pakaian yang disumbangkan oleh penduduk negara ini yang bersimpati. Adakah kerana mereka dari kalangan Datuk, Tan Sri, artis, tidak mahu menerima pemberian ikhlas dari mereka yang menderma. Ingatlah, harta kekayaan hanya sementara. Kejadian yang mereka alami hanya satu amaran kecil, sebagai satu peringatan kepada mereka. Jadi aku harap, agar penduduk yang mengalami kejadian tanah runtuh itu muhasabah, bukan hanya menyalahkan geografi dan pihak lain sahaja. Sesungguhnya tiap yang berlaku ada hikmah dan sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya.. Wallahua`lam...

Wednesday, November 12, 2008

Peperiksaan

Hm, lamanya aku x menulis ni. Aku rasa rindu nak menulis semula. Peperiksaan akhir pun dah nak habis, x sabar nak bercuti. Tapi aku nak kerja jap masa cuti ni. Pak cik aku bagitau, nak minta mengajar masa cuti. Bagi aku ni peluang untuk aku. Ye la, dari masa cuti aku terbuang macam tu je, baik aku cari duit sikit. Dapat tampung duit poket aku, Duit PTPTN bukan cukup untuk satu semester, lagi sem depan sem akhir aku kat UM, lepas exam, aku kena praktikal, lebih kurang 3 bulan. Hm, masa ni la banyak memerlukan duit. Sebab aku praktikal bukan dapat elaun ke, gaji ke. Huhu, sedih. Mudah-mudahan keje ni ada la dapat sikit, ye la, susah kalau nak bergantung hanya pada pinjaman je. Bayar tu, bayar ni habis. Lagi harga barang agak mahal, memang x cukup la.

Tuesday, October 21, 2008

Luahan Hati


Setip orang akan ada masalah. Dan tiap orang juga mempunyai cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hm, macam tu gak aku, kadang-kadang terdapat orang yang suka menceritakan masalah yang dihadapi kepada orang yang rapat, ada juga yang suka menulis di dalm diari. Tapi aku, hm, kat mane ek. Aku sebenarnya lebih suka memendam dalam hati, walau aku akui ini akan mungkin timbulkan masalah pada diri aku sendiri. Tapi, aku lebih senang dengan cara aku, x susahkan orang. Sebenarnya banyak yang aku pendam, tapi tu la, aku memang akui, susah untuk berkongsi cerita dengan orang. Lagi2, aku x de sorang kawan, yang aku boleh panggil sahabat baik. Susah kan nak jumpe orang yang boleh sama2 hadapi susah dan senang bersama. Yang ramai, masa senang cari, minta tolong, adaa dengan kita, tapi bila kita susah, semua nak jauhkan diri. Dalam seribu kawan yang kita semua ada, belum pasti ada seorang yang boleh digelar sahabat baik yang sentiasa bersama susah dan senang. Kadang-kadang persepsi orang pada orang yang diam ni, dia ni sombong, dia ni x campur dengan orang. Apa kata, cube dulu dekati orang tu, kenal hati budi, baru buat penilaian. Dan ada juga yang suka bawa mulut, habis semua cerita disampaikan pada tiap orang. Kenapa? Agaknya suka kan orang lain dipandang buruk, dipandang hina. Cume aku nak tulis, tiap orang akan buat kesilapan, kesalahan. Tapi tu semua yang akan jadikan pengalaman berharga disamping peringatan agar tak lakukan lagi. Ingat ceritakan hal orang, bawa mulut sana sini tu elok ke, pandai2 la pikir sendiri. Aku pun banyak kelemahan, cume yang pasti, aku akan cube perbaiki apa jua kelemahan aku dan juga kesilapan yang pernah aku lakukan. Buat `sahabat' aku yang pernah aku nyatakan dulu, selamat berbahagia, maafkan segalanya....

Friday, October 17, 2008

Datuk: Gelaran yang terlalu murah?

Negara di gemparkan dengan satu isu, di mana Shah Rukh Khan atau SRK hendak dianugerahkan gelaran Datuk oleh kerajaan negeri Melaka. Pening aku, terlalu mudah untuk orang luar menikmati seperti apa yang dinikmati oleh rakyat negara kita. Alasannya, kerana SRK telah membantu mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa. Sungguh lawak antarabangsa. Ramai lagi di negara kita yang berhak menikmati gelaran itu, tiba2 muncul plak gelaran tu nak diberi kepada SRK. Adakah ini hanya satu publisiti murahan yang ingin diraih oleh pihak tettentu. Sama-sama kita tunggu. Aku sebenarnya nak sangat tahu,l gelaran datuk ni untuk sape sebenarnya. kriteria. Aku terpikir, layakkah seorang artis mendapat gelaran datuk, apakah sumbangan sosial yang telah diberikan kepada negara dan agama sehingga layak mendapat semua ni. entahlah, pelik aku pikirkan. Merapu semua ni, yang penting sekrang kita kena majukan dan tegakkan agama kita di bumi ni. Mane ada nas yang mengatakan kita kena berjuang atas nama bangsa, nabi pun x pernah bagitau macam tu. yang penting agama, tu la asas kekuatan manusia....

Tugasan


Minggu yang penuh mencabar. Bila dah masuk minggu yg ke 13 dengan 14 kuliah ni, makin sbuklah aku dan semua rakan2 untuk menyiapkan assigment. Maklumlah, buat last minit. Hm, pagi tadi ada test, alhamdulillah, dapat jawab semua, cume xtau betul ke salah. Huhu. Saje aku letak gambar kat atas tu sebagai kenangan aku, ye la, selama 4 tahun aku di UM ni, 4 tahun gak la aku pegang unit multimedia, tolong mane yang mampu je. hm, tugasan berlambak gak ni, subjek penilaian, pengurusan, tartil, dan i`jaz al-Quran, huhu. Nasib semua aku dah start buat, cume x siap lagi je. Kalau x, lagi la kelam kabut.

Saturday, October 11, 2008

Salah ke..


Sahabat...

satu perkataan yang memerlukan banyak penjelasan. Pentingkah sahabat? hm, mulanya aku ada sorang sahabat yang rapat dengan aku. Tapi sekarang x lagi, kenape, mungkin sebab aku ni x baik, aku ni teruk agaknya. Xpe la, teruskan la, kalau kebahagian dia rasa bila x lagi bersahabat dengan aku. Sahabat bukan bermakna couple, tapi tempat untuk berkongsi susah dan senang. Pelik kan, disebabkan satu `hal', sanggup persahabatan dihuraikan sedangkan dah bertahun.... Ini lah putaran kehidupan, kadang-kala orang suka, kadang-kala x. Dalam masa seminit, banyak benda boleh berubah termasuk perangai, fikiran, dan sikap. Mungkin aku dah x layak untuk semua ni, aku tetap doakan sahabat aku moga berbahagia dan gembira selalu. Dia x akan rugi kalau buang sahabat yang sorang ni, sebab dia akan dapat ramai lagi sahabat lain. Biarlah aku macam ni, segalanya akan tersemat dalam hati aku, buat selamanya... Dari sahabat untuk sahabat....

Jamuan Raya SMPI


Lama rasanya aku x menulis di blog ni. Xtau kenape, sejakl akhir2 ni aku rasa kurang gembira. Ada banyak benda yang buat aku rasa ni. Tetapi semalam, ada jamuan aidilfitri yang dianjurkan oleh program aku, aku rasa sedikit seronok. Aku x pernah ceritakan apa yang aku pendam pada sesape pun. Biar lah aku tanggung semua, aslkan semua yang ada di sekeliling aku gembira, hepi. Semoga hari-hari yang mendatang akan membuat aku lebih kuat untuk teruskan perjuangan. Yang penting, Never Give-up..

Sunday, September 21, 2008

Kepuasan


Jumaat lepas, dalam kuliah Tekno PI, aku diberi tanggungjawab oleh ustazah untuk mengajar cara membuat blog bersama Dayat. Walaupun masih lagi di peringkat amatur, tapi ilmu yang ada tetap aku cube kembangkan. Mane yang aku boleh kongsi, aku akan kongsi. Pada sahabat2 yang masih lagi perlukan pertolongan, aku akan cube membantu. Lepas ni, boleh la aku dengan sahabat-sahabat lain bertukar link untuk blog masing-masing. Sekurtang-kurangnya basic untuk buat blog tu dh ada kan. Aku pun gune cara try and error. Aku rasa puas, dapat gak sampaikan ilmu pada kawan-kawan. Cume satu lagi, cara wat web, aku masih belajar, cume lum habis lagi. Tapi blog pun dah ok, harap sangat sahabat-sahabat dalam SMPI, boleh memiliki blog sendiri. Mudah untuk kita berinteraksi bila dah habis belajar nanti. Ok, ada ape2, leh contact aku...

Friday, September 19, 2008

16 September : Satu Retorik atau Kenyataan

Aku menunggu detik sehingga 16 September, adakah satu pembaharuan yang akan dijalankan oleh DSAI akan berlaku, seperti yang diomong-omong dan di war-warkan sebelum ini. Tetapi sehingga detik 12 tengah malam untuk berlalunya tarikh 16 Sept, tiada apa yang berlaku. Hanya kenyataan yang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat ( PR ) hanya menunggu masa untuk menakluki kerusi perlimen selaku pemerintah baru Malaysia. Sejauh mana kebenaran aku tidak tahu. Aku hanya seorang yang berfikiran bebas, tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keadaan negara menjadi kelam kabut kerana masalah politik yang berlaku, menyebabkan ekonomi negara merudum jatuh. Keselamatan di dalam negara juga terancam sehingga memaksa menggunakan ISA bagi mententeramkan keadaan. Apakah sebenarnya yang berlaku dan akan berlaku. Ahli politik Malaysia baik dari pemerintah atau pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan jawatan. Masing-masing dengan ego sendiri, enggan berpijak di bumi nyata. Saling menyalahkan antara satu sama lain, melakukan kutukan, hinaan. Rakyat diajak masuk campur ke kancah yang tidak menentu, dan dipaksa mejadi hakim bagi sesuatu yang pasti semuanya kurang arif. Aku benar-benar x faham. Apakah negara mengkehendaki pemimpin yang gila kuasa dan seorang lagi terlalu berlembut sehingga negara berada dalam keadaan kusut. Fikirlah semua, apa yang terjadi ini adalah kerana KUASA dan JAWATAN. Cuba lihat di zaman Rasulullah dan Sahabat dahulu, tidak pernah ada berlaku keadaan sebegini. Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk membantu rakyat didalam kesusahan, dihabiskan dengan mengeluarkan pendapat-pendapat bagi menangkis apa yang diperkatakan oleh pihak lawan. Bodoh, ape rakayat membayar gaji kepada menteri dan ahli parlimen untuk melihat siapa ya g paling hebat berpidato, menangkis hujah dan glemour. Rakyat sebenarnya dizalimi sama ada oleh pemerintah atau pembangkang. Jadi, fikir-fikirkan lah...

Friday, September 12, 2008

Download Nasyid

Ni ada tambahan link lagu nasyid. boleh la download kalau berkenan... dipersilakan..

> Firdaus - Cinta dan Harapan ( Download )
> Brothers - Warna-warna Cinta ( Download )

Wednesday, August 27, 2008

Download Nasyid Lagi

Kat sini aku tambah lagi link untuk download lagu nasyid. Sesape yang berminat nak request, boleh bagitau kat forum, kalau ada aku akan kongsi..

> In-Team - Pemergianmu ( Download )
> Mestica - Putriku Sayang ( Download )
> Mestica - Layar Keinsafan ( Download )
> UNIC - Aisya Humaira ( Download )
> UNIC - Sebuah Pertemuan ( Download )
> Amar - Amani ( video ) ( Download )

Permatang Pauh : 1001 Persoalan

Rasa terkejut, sedih, gembira dengan kemenangan PKR di Permatang Pauh. Tapi jauh di sudut hati aku, pelbagai persoalan bermain. Aku sebenarnya boleh dikatakan atas pagar. X tau nak sokong yang mana. Aku lebih suka mengikuti semua berita tentang politik walau dari mana parti atau mazhabnya. A mengata kepada B, B mengata balik kepada A, dan lain2 lagi. Ape nak jadi dengan politik kat Malaysia ni pun aku xtau. Walau nampak aman pada zahirnya, tapi rahsia di sebaliknya menggambarkan betapa buruk, hina, dan kotornya Malaysia ni. Tapi sekarang kuasa rakyat semakin kuat, rakyat akan mengamuk dan menantikan detik masa yang sesuai. Aku malas nak pikir sangat, tapi bila tengok sana sumpah, yang kat sini pun sumpah, tapi orang ni x nak sumpah, xtau nak kata apa. Pada aku soal agama sekarang dah jadi mainan. Dalam hati dorang, sebab bersumpah, Wallahua`lam, hanya Allah yang tau. Betul atau x. Tapi aku cuma sekarang nak Pak Lah turun je. Ada ke Pak lah ni, orang dok sibuk berkempen kat Permatang Pauh, dia rileks je naik tren. Lawak betul la. Tapi bagus juga, dapat gak dia rasa, macam mane rasa orang yang naik tren tiap2 hari, kena diri, lambat sampai tren. Teruskan la Pak Lah, haha. Tapi Pak Lah ni berani x nak hadapi permintaan Persatuan pemandu bas, agar dinaikkan harga tambang. Dorang siap ugut, kalau x naik tambang, bas xde raya. Ape yang Pak Lah nak buat, kita sama2 tunggu dan lihat....

Saturday, August 23, 2008

Harga petrol RON97 turun 15 sen


Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa esok.

Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini.


Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan Julai 2008.

Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter.

Pada masa yang sama, harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga-harga berkenaan ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos 2008 hingga 21 Ogos 2008, serta penetapan subsidi 30 sen seliter, untuk kedua-dua RON97 dan RON92.

Di samping itu, Kabinet juga mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit diesel sebanyak 8 sen seliter, iaitu daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.

Berdasarkan harga RM2.50 seliter ini, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk diesel ialah sebanyak 50 sen setiap liter. Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini akan berkuatkuasa mulai esok, 23 Ogos 2008.

Sebagaimana yang diumumkan hari ini, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai 2008 berbanding Julai 2007 meningkat pada kadar 8.5 peratus.

Adalah menjadi harapan Kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keputusan Kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.

Pada 1 Ogos 2008, Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter.

Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.

83 pengundi dalam satu rumah!

Dari Malaysiakini

Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.


Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka.

Friday, August 22, 2008

Permatang Pauh


Salam semua. Lama x post kan blog ni. Hm, sekarang tengah panas tentang isu pilihanraya kat Permatang Pauh. Aku walau diam2 tapi aku mengikuti perkembangan tiap apa yang terjadi. Aku pikir, adakah ini akan menjadi asas lonpatan kepada PR ( Pakatan Rakyat ) untuk memerintah negara? Aku kurang pasti kerana dengan permainan politik yang dimainkan oleh BN, apa sahaja boleh terjadi. Aku dapat lihat betapa kejinya UMNO dan BN, mereka merasakan yang mereka tu pandai, bersih, cekap dan semuanya la. Dorang x tau agaknya ape yang nak dijawab kat AKHIRAT sana bile kena soal. Nak jadi pemimpin senang la, tapi nak penuhi tanggungjawab sebagai pemimpin berat. Ape la Pak Lah nak jawab kat akhirat nanti kalau ditanya tentang adakah semasa dia perintah orang miskin mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya. Sebab Pak Lah ni suka tido dari buat keje. Yang penting gaji puluh ribu masuk tiap bulan, kroni senang hati. Ape la Pak Lah, jangan la memalukan institusi agama, sebab Pak Lah kan orang agama. LAgi satu, aku pelik la, bila ada isu rasuah, jadik isu besar dalam negara. Kat surat khabar muka depan. Tapi dalam UMNO jadi, Pak Lah x panggil RASUAH, tapi lembut sikit, POLITIK WANG. Aku nak tau la kan, ape beza antara rasuah dengan politik wang. Keji betul sape yang duduk dalam organisasi yang amalkan politik wang. Sama la juga dengan rasuah. Ni aku tengok, minyak nak RM 1.70, tapi bila nak pilihanraya, turunkan, tu pun dah nak kecoh. Haha, aku yengok orang ramai pun x berkenan sangat dengan harga minyak yang turun. Dalam TV 3 boleh la amik ucapan orang ramai yang sokong harga minyak turun. Yang xsuka, haram nak dimasukkan dalam berita. Setakat turun 20 sen je, ape la sangat. Time kerajaan nak susahkan rakyat, benda pelik boleh jadi biasa. Tu la kerajaan, dah susah baru nak turun minta rakyat tolong sokong....

Lagu Nasyid

Kat sini aku nak kongsi link download untuk lagu nasyid. Sape yang berminat boleh la download lagu nasyid kat sini ...

> De Hearty - Erti Persahabatan Ini ( Download )
> De Hearty - Permata Yang Dicari ( Download )
> Devotees - Mahar Cinta ( Download )
> UNIC - Lafaz Yang Tersimpan ( Download )
> UNIC - Antara Dua Kasih ( Download )

Monday, August 11, 2008

Jawi Multikey dan Quran In Word

Sesape yang nak download Jawi Multikey atau Quran in Word, leh la klik kat bawah ni. Dua-dua program ni berguna untuk yang menggunakan ayat quran dan tulisan jawi dalam Word..

> Jawi Multikey - Download
> Quran in Word - Download

Lama Dah

Assalamualaikum...

lama rasanya aku x update blog aku ni. Ye la, ada banyak program dan keje yang perlu dibereskan. Tetapi aku akan tetap menulis di blog aku ni. Sekarang ni dah masuk minggu ke 5 pengajian aku di UM, tapi x terasa plak tempoh masa yang dah berlalu. Mungkin aku terlibat dengan beberapa program dan kerja yang menyebabkan aku rasa masa aku diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Alhamdulillah juga, kat umah sewa aku ni ada dapat wireless free, entah sape punye. Terima kasih sangat2 sebab aku dapat gak melayari internet dengan free. Hehe. Minggu depan cuti pertengahan sem, aku nak balik sebab dah lama x balik kg. Aku hajat nak masukkan sikit link yang leh dikongsi dengan semua, jadi anytime aku akan upload nanti... wassalam

Tuesday, July 22, 2008

Ziarah Ke Taiping

Semalam, hari Isnin, 21 Julai, aku pergi ke Perak, sebab nak menziarahi sahabat aku, yang telah kematian ayahnya pada pagi hari tersebut. Nama sahabat aku tu ialah Idan, seorang yang ceria, hepi go lucky dan tenang. Aku x plan pun nak pergi sampai ke Perak, tapi bila dah berbincang, bersama beberapa orang kawan, dan juga bersama Amila, kawan sejak sekolah lagi, aku pun berangkat ke Taiping pada pukul lebih kurang 8.30 malam. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam memang meletihkan, dengan kereta yang aku naiki xde radio, membuatkan perjalanan aku rasa sunyi. Tapi untuk menziarahi sahabat aku, aku pun tetap pergi juga. Sampai di rumah sedara sahabat aku tu, kitorang x terus melihat jenazah, tetapi sahabat aku bawa aku dan kawan2 pergi berehat di rumah sedaranya. Maklum la perjalanan yang memenatkan, dah la aku jadi co pilot. Hehe. Lebih kurang jam 2.30 pagi, setelah berehat, baru aku dan kawan-kawan bergerak ke rumah tok wan sahabat aku, di mana adanya jenazah ayahnya. Aku dan kawan2 membacakan surah Yasin, dan berharap agar rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan. Lepas dari baca Yasin je, aku dan kawan2 pun berehat. Yang lelaki duduk di rumah tok wan, manakala yang perempuan plak pegi ke umah sedara sahabat aku untuk berehat. Kami kena berehat kerana jam 4.30 kami akan bertolak balik ke UM. Ni memang pengalaman aku tanpa dirancang jalan jauh sampai ke Perak. Aku harap sahabat aku, Idan akan tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan yang mendatang. Aku pun penat lagi sekarang ni, jadi aku nak berehat dulu... Nanti ada masa aku sambung lagi....

Friday, July 18, 2008

PENAT

Assalamualaikum...

Hm, lama rasanya aku x post kat dalam blog kesayangan aku ni. Maklum la tengah sibuk menguruskan subjek yang kena daftar semester ni, jadi aku kena la bantu sebagai tanggungjawab untuk semua kawan-kawan aku kat Sarjana Muda Pendidikan Islam. Lega dan puas rasanya bila semua masalah yang mendatang telah berjaya aku dan jawatankuasa yang lain setelkan. Lepas ni boleh tumpu pada studi. Semester ni aku amik 23 jam kredit bersamaan dengan 8 subjek, boleh meletup kepala gak, tapi kena la pandai bahagi masa. Jadi aku kena manage masa dengan betul. Sejak 2 minggu lepas, walau sibuk dengan menguruskan masalah kawan2 berkaitan dengan subjek, tetapi dah mula kuliah. Memang jadual aku agak fix, tapi hari khamis aku lepak, xde kelas. Dapat gak aku rehat. Hm, ni dah nak magrib, nanti la ada masa aku sambung lagi, aku nak solat dulu....

Monday, June 30, 2008

Kisah Benar : Pembalasan Isteri Yang Curang

Aku dapat cerita ni dalam web tranungkite. So, korang leh baca dan nilai sendiri...

"Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.
"Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Razali sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar. Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Razali sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.
Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Razali itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak. Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Razali menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu. Bagi Razali, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.
Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Razali dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya. " Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya" demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Razali.
Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Razali akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Razali. Itulah yang menghairankan Halim. Lama-kelamaan, Razali terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Razali menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.
Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur. Sejak Normah meninggalkannya, hidup Razali tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur , tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup. Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya. Memang hidupnya sukar, tapi Razali belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya.
Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan. Razali juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wanita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Razali ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia. Ternyata tanpa Normah, Razali mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci.
Bukan Razali yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak. Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Razali. Tambahan pula Razali mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu. "Tempat awk di sana !" kata Razali menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana , bertompok sini. "Nak alas, cari sendiri," kata Razali, lalu menyindir "itupun kalau awak ingat kat mana nak cari...." Normah ditinggalkan sendirian. Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Razali tidur bersama dua anaknya di bilik lain.
Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak. Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Razali meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ. Ternyata telahan Razali tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung.
Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua. "Aku dah agak. Patutlah awak balik...nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan ? Nak jadikan aku pak sanggup?" Razali melepaskan paku buah keras. "Bukan macam tu bang, saya..." tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Razali memintas " Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit....bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?" Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.
Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja. Tidak ada jalan lain, Normah meminta Razali menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Razali tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.
"Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh...memang patut pun Razali buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil. Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula. Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa.
Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit. Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal.. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak. Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. " Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap.
Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak. "Saya di Sarawak sekarang ni pak cik.. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana ," jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal. Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.. "Pak cik mana suami dengan anak-anaknya? " saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya. " Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni.. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," kata Haji Shafie kesal. "Dia marah lagi agaknya," saya menyambung. "Saya tau... kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku," tambah Haji Shafie. "Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia." Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu. "Yang sudah tu sudahlah Zali, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu," Haji Shafie merayu. " Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung.. .suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya...' tambah Razali melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya. " Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi , Razali tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.
Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Razali supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. "Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," kata saya. Lalu saya baca ..hadis dan firman Allah berkaitan ...Ternyata Razali sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! " katanya. Sampailah hari Normah di bedah , Razali langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya. Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Razali dan anak-anak. Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina. "Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang...maafkanlah saya..."dia terus menangis dan meratap. Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit. "Abang, Iffa, Aina...marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai..." ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut. Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri.
Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil. Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Razali. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.. Haji Shafie sekali lagi menemui saya. "Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat airmata . " Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Razali," kata saya. Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Razali bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas. " Sudahlah Zali, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya, " kata saya semasa Razali hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar. Demi terpandang saja Razali datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu. "Sa..sa..ya der...haa..ka pada abaaaang.." katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu. "Yalah..."jawab Razali perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.
Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Razali semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah. Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; " Zali, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman ". " Terima kasih ustaz," balas Razali. Seminggu kemudian Razali datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah. "Ustaz," Razali memulakan ceritanya, "Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan.
Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak." "Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita." Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?" "Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar.
Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad." "Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi." "Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka '." Cukup menginsafkan, kan ? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain.
Wallahualam

Berita Pasal Anwar lagi

Tengah2 aku sibuk melayari hal-hal anwar, aku jumpa artitel yang menarik untuk dikongsi. Jadi aku kongsi dengan korang la, artikel ni dari H Fansuri, tajuknya `` Anwar dibunuh cara lama'' :

Pada 8:47:32 pagi, hari ini (29 Jun 2008) sebuah sms menerjah masuk ke ruang telefon bimbit saya. Saya sunting sedikit sms itu. Ia berbunyi:-

"28 Jun. DS Anwar Ibrahim telah difitnah dengan laporan polis oleh __ (seseorang yang saya namakan sebagai SB, orang kanannya yang hilang 2 hari), mendakwa diliwat DSAI. Usaha-usaha desperado untuk menyekat sokongan ke atas DSAI."

Rupa-rupanya, 'apa-apa' yang berlaku ke atas DSAI seperti yang ditulis semalam adalah berbentuk 'pembunuhan' reputasi dan imej DSAI sekali lagi dengan cara yang sama pada 10 tahun lalu (1998).

Dalam politik, membunuh bukanlah suatu yang susah dilakukan. Daripada orang-orang lama, kita biasa mendengar bagaimana diperlakukan ke atas arwah Zulkifli Muhammad di mana kecelakaan jalan raya itu menyebabkan ia seoleh-olah suatu kemalangan.

Kata orang, ini kerja polis. Sebab itu, apabila Buletin Utama tadi (8:00 p.m 29 Jun) mendedahkan banyak kenyataan polis yang mahu buat siasatan ke atas kes liwat, dari suatu sudut, kita tidak hairan.

Riwayat yang agak tersohor pernah juga menyebut bahawa Anwar hampir terbunuh dengan cara meletupkan helikopter yang hampir dinaikinya. Dan, apabila berlaku kes pembunuhan Altantuya, kita dengar pengakuan yang lebih menakutkan daripada polis.

"Saya pernah 'menghilangkan' 6 orang sebelum ini," kata seorang pegawai polis di dalam mahkamah.

Kata orang-orang yang selalu bergaul rapat dengan Pekida. Antara orang-orang yang telah 'dihilangkan' oleh pertubuhan itu ialah Ayah Pin sendiri. Kata-kata sinis, menyebutkan bahawa beliau berpindah ke kerajaan langit. Ayah Pin mungkin 'dihilangkan' dengan cara membunuh, mengelarnya dan entah apa lagi kemungkinan. "...orang kanannya yang hilang 2 hari." Ini maklumat sms yang saya terima. Mungkin ini sms tipu.

Pak Lah juga selalu berpesan agar jangan dengar maklumat khabar angin. Jadi, jangan percaya apa-apa yang saya sedang menulis ini. Bohong semuanya. Pak Lah dan Najib jangan tahan saya. Nanti, orang fikir apa yang saya tulis ini benar-benar belaka.

Jadi, berbalik kepada cerita orang kanannya yang hilang dua hari ini, saya sukar beri komen. Pernah juga saya bertanya, tetapi selama ini saya cuma sempat bertanya kepada jurubicara Anwar saja. Bukan bertanya Anwar sendiri. Tapi, seperti yang saya katakan awal-awal tadi, apa kata kalau maklumat itu benar? Apakah ada kemungkinan orang yang cuba dihilangkan itu telah dipaksa membuat pengakuan bahawa dirinya diliwat? Ini pun kemungkinan juga.

Ah! Jangan percaya. Saya bohong saja. Memang polis akan membuat tangkapan ISA pada waktu malam dan hal ini telah menjadi satu kebiasaan mereka. Tapi, siapakah pihak yang suka sangat mempromosikan kisah liwat-meliwat ini?

Sejak zaman saya di kuliah, ada sebuah akhbar yang kerap menjual cerita DSAI ada hubungan dengan Paul Wolfwitz dan kegiatan liwat tersebut. Dan nama akhbar itu adalah AKHBAR MAHASISWA. Ada seorang saksi yang saya harap beliau dapat namakan dalam ruangan ini berhubung akhbar ini. Beliau adalah Abdullah Karim, seorang pimpinan MPP UKM dahulu. Nama timangan beliau, Pak Lah Karim. Apabila warga editorial mahu menemuramah beliau untuk akhbar tersebut, Pak Lah Karim sengaja mencari jalan menyusahkan mereka. Dimintanya mereka memohon keizinan daripada NC UKM terlebih dahulu kerana Auku tidak mengizinkan pelajar mengeluarkan kenyataan tanpa izin NC. Maka, kata Abdullah Karim, beliau terlihat 'letter-head' yang digunakan itu ialah 'letter-head' Jabatan Perdana Menteri (JPM). Memang menjadi suatu kefahaman umum dalam kalangan warga universiti pada saat itu, bahawa pihak BTN (Biro Tatanegara) adalah antara yang mengelolakan akhbar itu.

Di USM, pada sekitar pertengahan atau akhir 2005, pihak BTN juga pernah mengutuk saya, Sook Hwa sebagai agen parti pembangkang. Semua itu bertujuan memberikan imej buruk ke atas kami. Akhbar Mahasiswa inilah yang paling kerap menaja kisah liwat DSAI, serta hubungan DSAI dengan Yahudi Paul Wolfwitz itu. Atau pun, dalam makna lain bolehlah kita membuat andaian seperti ini:- Akhbar Mahasiswa ada kaitan dengan BTN dan BTN berada di bawah JPM. Mungkinkah orang yang menaja kes liwat DSAI yang terbaru ini ada kaitan dengan BTN, Akhbar Mahasiswa dan JPM sendiri? Abdullah Ahmad Badawi perlu menjawab hal ini.

Pak Lah - Najib terperangkap dengan akuan berkanun Raja Petra

Dalam Buletin Utama tadi, Pak Lah menyebutkan bahawa beliau tidak tahu mengenai apa-apa pun berhubung kes liwat itu. "Jangan kata ini rancangan saya dan Dato' Najib..." kata Pak Lah lagi. Jadi beliau cuba menunjukkan bahawa biarlah pihak polis membuat siasatan. Agak panjang juga kenyataan Pak Lah tadi disiarkan Buletin Utama. Maka, nampaklah semacam tanda kepuasan, kebencian dan cemuhan Pak Lah ke atas musuh politiknya selama ini. Agak-agaknya kenapakah dengan tiba-tiba isu liwat 'seolah-olah' terpaksa disebutkan semula oleh Umno? Salah satu hipotesis dan andaian yang boleh saya kemukakan di sini ialah Pak Lah dan Najib terperangkap dengan akuan berkanun yang dibuat oleh Raja Petra yang menyebut kehadiran Rosmah ketika Altantuya dibunuh.

Najib dan Pak Lah betul-betul terpukul dengan akuan berkanun RPK ini. Mereka tak boleh menjawabnya. Jadi, timbul dendam tak kunjung padam ke atas mereka yang terlibat dalam menyusun akuan berkanun itu. Jadi, bagaimanakah Abdullah dan Najib mahu membalas kembali dendam mereka itu? Maka, inilah strategi yang sedang mereka gunakan. LIWAT! Ada dua 'faedah' yang boleh mereka kaut daripada fitnah ini. Pertamanya, dendam terlunas. Kedua, dengan cara inilah pemikiran rakyat terpesong dan tidak lagi sibuk memikirkan hal akuan berkanun yang ditulis RPK itu. Maka, dalam seminggu atau sebulan ini media-media aliran perdana akan dipaksa atau terpaksa mengolah cerita liwat dan secara tak sengaja akan tertutuplah kes akuan berkanun yang menjadi klimaks terhadap runtuhnya imej dan reputasi Abdullah dan Najib yang sememangnya telah runtuh itu.

Wallahu Ta'ala 'Alam ...
11:36 p.m, 29 Jun 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru

Kata-Kata Hikmah

  • Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. ( Hamka).
  • Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. ( Hamka ).
  • Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. ( Hamka).
  • Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. ( Hamka ).
  • Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
  • Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. ( Hamka ).
  • Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. ( Hukama ).
  • Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. ( Hukama).
  • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. ( Hamka ).
  • Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. ( Hamka).
  • Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa.Agama tidak menyuruh,kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Hamka).
    Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. ( Hamka).
  • Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela.Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
    ( Hamka ).
  • Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. ( Hamka).
    Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. ( maksud hadis ).
  • Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam.Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. ( Hamka )

Isu Anwar: Abim kongsi kebimbangan

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkongsi rasa terkejut, sedih dan bimbang dengan rakyat Malaysia berikutan timbulnya isu terbaru yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Presidennya, Yusri Mohamad."Negara kita telah dan masih merasa perit dan pedih kesan krisis yang berpanjangan dan kompleks, melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini."Jika kita tidak berhati-hati, isu terbaru ini mungkin mengheret negara ke kancah krisis yang akan membawa akibat buruk kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Justeru, katanya, Abim berharap semua pihak yang terlibat menangani isu ini, benar-benar mengambil pengajaran dari episod gelap krisis yang lalu, untuk bersiap menanganinya dengan penuh kewaspadaan, teliti dan berhemah."Isu terbaru ini merupakan ujian dari Tuhan. Umat Islam diajar oleh junjungan besar, Nabi Muhammad SAW agar kembali merujuk kepada Tuhan Rabbul Jalil ketika menghadapi situasi yang berat sebegini."Kita dituntut merujuk kembali kepada Tuhan dengan memperbanyakkan istirja', istighfar, solat dan bermunajat kepadanya."Kita juga dituntut untuk kembali kepada Tuhan dengan merujuk kepada ajaran-Nya dalam menangani persoalan yang timbul," kata Yusri.Jangan jadi 'hakim'Sesuai dengan semangat tersebut, katanya, Abim menganjurkan seluruh Umat Islam di Malaysia segera menumpukan permohonan kehadrat Allah "agar kita semua dikurniakan rahmat, panduan dan kekuatan untuk melalui ujian terbaru ini dengan selamat dan sejahtera".Abim juga, kataya, mencadangkan agar semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan majlis solat hajat dan munajat untuk maksud ini."Seterusnya Abim berharap agar pihak berkuasa, media, pemimpin politik, turut merujuk kepada prinsip keadilan dalam memilih langkah dan tindakan terbaik sepertimana yang dianjurkan dalam Islam."Merujuk kepada pengalaman yang telah dilalui dalam krisis yang lepas, adalah wajar jika semua pihak lebih berhati-hati dan berwaspada dalam setiap langkah yang diambil," katanya.Menurut Yusri lagi, pihak berkuasa harus memastikan setiap prosedur perundangan yang terlibat, dilaksanakan secara adil untuk meredakan kebimbangan di kalangan masyarakat awam.Pihak terbabit juga, tambahnya, perlu mempertimbangkan faktor keselamatan Anwar sepertimana yang layak diterima olehnya."Pihak media juga diingatkan agar mengelak daripada menjadi 'hakim' yang membicarakan kes ini di luar mahkamah dalam setiap laporan serta liputan yang dijalankan."Oleh kerana kes ini membabitkan individu dan isu yang boleh membawa kesan dan akibat yang besar, justeru pihak media juga haruslah mengelak membuat laporan yang mengelirukan serta mensensasikan isu ini secara keterlaluan," tambahnya.

Petikan Dari Malaysiakini....




Anwar keluar dari kedutaan Turki


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad lalu, dan menuju ke rumahnya.Anwar berjalan keluar dari rumah itu, yang terletak tidak jauh dari bangunan kedutaan, dan memasuki kenderaan kira-kira jam 6.45 petang ini. Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian bercakap ringkas kepada kumpulan kira-kira 50 wartawan di luar pagar rumah rasmi tersebut (foto).Beliau berkata jaminan keselamatan yang diberikan oleh menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendorong beliau meninggalkan rumah duta berkenaan. Anwar menambah, dakwaan liwat terhadapnya susulan rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini. Katanya, beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno, bersama pembangkang minggu ini.


Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang. Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR tiba kira-kira jam 6.40 tadi dan naib presidennya Azmin Ali sampai lima minit sebelumnya. Bercakap ringkas kepada media, Azmin berkata pihaknya berpuas hati dengan jaminan keselamatan kerajaan.Malaysiakini difahamkan beliau pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar jam 9 malam di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. Sementara itu, penyokong Anwar juga diminta berkumpul di tempat yang sama malam ini untuk mendengar amanat pemimpin tersebut.Kira-kira 250 penyokong Anwar dan wartawan menunggu-nunggu sidang media. Bagaimanapun menurut timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, ia telah dibatalkan.


Para penyokong Anwar yang mengharapkan maklumat daripada mulutnya sendiri perlahan-lahan beredar dari depan pejabat itu dengan berat hati. Risalah sehelai yang memuatkan berita terkini Malaysiakini dan Malaysia Today tentang perkembangan kes Anwar diedarkan sehingga para penyokong berebut-rebut mendapatkannya.Teriakan "reformasi" dan takbir kedengaran selepas pengumuman pembatalan itu bagi kali kedua oleh timbalan setiausaha agung Johnson Chong menjelang 10 malam.Menurutnya, jika ada sidang media, ia akan dimaklumkan esok. Bagaimanapun lebih kurang 150 penyokong masih enggan beredar sehinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh ibu pejabat parti. Anwar dimaklumkan sedang berbincang dengan kumpulan peguamnya malam di suatu tempat yang tidak dinyatakan.

Sunday, June 29, 2008

Lagi...



Hari ni aku teringin makan durian, jadi bila tau kat umah atok aku ada buah durian, aku terus pegi, lama x makan durian. Jadi aku terus start motor gi la umah atok aku. Bukan jauh sangat pun. Jadi kejap je aku dah ada kat umah atok aku. Hujan pun renyai2 turun sebaik saje aku sampai umah atok aku untuk makan durian. Jadi tanpa banyak seoal aku terus membelah durian untuk diambil isinya untuk dimasukkan ke dalam perut aku. Dan tiba2, terdengar bunyi telefon. Apa agaknya kan berita yang sampai. Kesedihan aku belum reda lagi kerana sahabat aku yang paling baik eksiden semalam, hari ni aku dapat lagi berita yang kurang baik. Sepupu aku, Mohd Zikri bin Hj Sukardi eksiden berhampiran dengan tempat sahabat aku eksiden. Aku terkejut. Sepupu aku minggu depan nak hantar tanda sebab nak tunang. Hm, aku nak ziarah dia, tapi xde kenderaan. Mungkin esok aku akan pergi kot, insyaAllah. Aku doakan semoga sahabat baik aku dan sepupu aku akan selamat sentiasa hendaknya. Aku doakan kedua-duanya cepat sembuh....

Saturday, June 28, 2008

Berita Sedih


Assalamualaikum semua...

Lama dah rasanya x tulis kat blog ni. Maklum la ada sedikit keje yang perlu dibereskan dan aku xsempat nak pos kat blog kesayangan aku ni. Jadi topik untuk aku tulis kat sini adalah satu khabar buruk yang aku baru terima. Patut la dari semalam hati aku rasa x tenang. Tengahari ni aku dapat satu mesj dari mak sahabat baik aku, katakan sahabat aku tu eksiden dalam perjalanan nak balik rumah dia. Aku rasa terkejut. Aku nak ziarah dia, tapi mak dia bagitau yang sahabat aku tu nak rehat. Nanti dia akan contact aku. Jadi aku tunggu pepe perkembangan dari mak dia. Rasa sedih gak, sebab ye la, lama sangat x jumpa, baru nak jumpa tapi ada musibah. Mungkin ada hikmah semua ni. Aku doakan sahabat aku tu semoga selamat dan cepat sembuh. Aku sekarang sedang menanti berita dari mak sahabat aku tu.... jadi aku nak keluar dulu. Nanti ada masa aku akan post lagi... Salam

Sunday, June 22, 2008

Hiburan VS Agama




Assalamualaikum semua. Hm, hujung minggu ni aku rasa boring duduk rumah. Xtau nak buat ape. Selak-selak surat khabar terbaca cerita tentang dunia hiburan, lebih-lebih lagi kat Malaysia ni. Aku tertanya-tanya sendiri, perlu ke hiburan dalam kehidupan. Kalau perlu, adakah hiburan yang disajikan sekarang betul dengan keperluan kita sebagai umat Islam. Atau x perlu langsung. Ini semua adalah atas diri kita sendiri. Pada aku, dengan hiburan ni, agama Islam semakin dipijak pijak, diinjak-injak oleh artis yang berbangsa melayu dan beragama islam sendiri. Dalam keadaan jahil, keadaan yang inginkan publisiti murahan, mereka sanggup gunakan agama sebagai asbab berlakunya sesuatu perkara. Islam bukan letaknya dibawah, tetapi Islam adalah cara hidup, panduan hidup. Pertama sekali aku nak sentuh bab pakaian. Aku cukup kecewa dengan cara berpakaian artis Malaysia. Xde rasa malu ke mereka dengan orang ramai, dengan famili, dengan diri sendiri? Kalau inilah penerapan ISLAM HADHARI yang Pak Lah buat, memang berjaya, sebab Pak Lah pun 2x5 juga, pegang perempuan suka hati. Sama je, berjaya la bawakan Pak Lah tu. Baju dedah lurah dada, dedah pusat, dedah semua, tutup pun cukup syarat je. Ada plak, yang elok bertudung, tapi berbaju ketat, yang bertudung, tapi macam x bertudung. Islam bukan untuk dipersenda. Tetapi untuk di martabatkan. Aku keliru, artis ni cakap dorang mencari rezeki yang halal, tapi halal ke pendapatan dorang, dengan cara hiburkan orang sambil menunjukkan benda yang x sepatutnya. Kalau betul2 nak cari rezeki halal, buat la dengan cara yang betul, bukan dengan cara macam ni. Yang dah berkahwin, tapi buka aurat, lagi teruk. Suami boleh dikatakan dayus kerana membiarkan isteri buat maksiat, jadikan tubuh badan sebagai tatapan umum, walau x telanjang, tapi separuh telanjang la kalau dah dedah sini sana. Ape la cetek pemikiran dorang, hanya kerana nak nama terus ada dalam bidang seni kononnya, kena la pakai seksi. Satu je aku nak tau, Kalau korang semua tau tarikh mati, boleh x kuarkan kat surat khabar, nak tau juga sebab berani sangat dedah benda yang sepatutnya disimpan. Benda kedua adalah benda yang Allah bolehkan, tapi tu la yang paling dibenci. CERAI. Kahwin sekarang ni aku tengok macam tukar baju je. Dah boring ceraikan isteri. Kalau betul la nak tunjuk contoh yang baik, patutnya artis ni buat yang terbaik. Tapi, penceraian ni seolah benda yang xde pepe maksud pada dorang. Kahwin setahun dua, bercerai. Yang teruk kahwin baru beberapa bulan dah cerai. Aku pelik, dah cerai, cakap bukan jodoh kita, sedangkan masa kahwin, cakap la, inilah jodoh saya. Pelik kan, hukum agama dibuat main sesuka hati je. Nak kata artis ni khalifah yang memakmurkan bumi ciptaan Allah ni, jauh sekali, bahkan buat kerosakan ada la. Tapi keberanian mempersenda hukum Allah yang buat aku sedih. Memang celaka betul artis Malaysia ni. Lagak macam baik, sedangkan hukum yang asas dalam islam pun kantoi. Ape la nak jadi, bila artis dibanggakan lebih dari para ulama`, ni la jadinya. ape pun, tahniah la pada Pak Lah, sebab ISLAM HADHARI yang dia buat ni buat maksiat makin menjadi-jadi dan Islam terus dipersendakan..... Nanti aku sambung lagi la.....

Wednesday, June 18, 2008

Pak Lah Kepanasan, Menteri Terus Mengipas


Hari ni aku dapat dengar berita yang salah satu parti komponen dalam BN nak buat usul x percaya pada Pak Lah yang kuat tido dari buat keje sebagai Perdana Menteri Malaysia. Seharusnya aku berasa sangat gembira dengan keberanian yang ditunjukkan oleh SAPP sebab buka mata dan minda semua orang tentang kepincangan yang berlaku dalam kerajaan. Walaupun SAPP berada dalam BN, tapi Pak Lah langsung x peduli dengan nasib orang Sabah, dia terus dengan sewenang-wenangnya guna wang rakyat untuk kegunaan yang boleh dipertikaikan. Kat sini aku letak sebab SAPP nak buat usul undi x percaya pada Pak Lah :
  • Walaupun seruan demi seruan dibuat oleh DAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".
  • Kenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.
  • Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

  • Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Dan sebagai respon segera kepada berita yang menggemparkan ini, Pak Lah yang kepanasan mungkin kerana makan banyak sangat wang rakyat ( maklum la wang haram jadi darah daging ), menteri yang lain semua mengipas Pak Lah. Ntah ape la yang dorang dapat dengan mengipas, mengampu Pak Lah tu. Dulu, mas zaman sahabat, duit rakyat tu sahabat nabi gunakan dengan penuh berhati-hati. Mereka turut mengasingkan antara lilin yang digunakan untuk peribadi dengan urusan negara. Ada ke benda tu pada Pak Lah? makin diguna duit cukai yang dibayar rakyat ada lah. Ingat la Pak Lah, dunia ni sementara je, kalau x dapat berlaku adil dengan semua, letak la jawatan. Dan menteri-menteri yang kuat mengampu, berhenti la. X de faedah korang buat semua tu. Rumah dah kata pergi, Kubur dah panggil mari, baik tambah amal ibadat. Tu la, Sabah dah jadi negeri termiskin di Malaysia. Pak Lah hanya tumpu pada semenanjung, yang kat Sabah dengan Sarawak, sebelah mata je. Ye la, Pak Lah kan sibuk bina koridor sana sini, duit habis kat situ je. Pastu kata kerajaan xde duit, naikkan harga minyak. naikkan harga barang. Bodoh la Pak Lah ni. Memang Bodoh sangat. Ingat rakyat percaya lagi kat dia, sekarang ni, yang percaya kat Pak Lah hanya menteri yang dapat tempias duit dari kerajaan Pak Lah. tu je. Janji dapat duit, selagi tu kipas Pak Lah. Hidup la Pak Lah dengan monyet dan kera peliharaannnya. Rakyat bukan bodoh...

Monday, June 9, 2008

Alhamdulillah, Result Dah Keluar..



Alhamdulillah, result untuk semester 2 sesi 07/08 dah keluar. Aku rasa lega dan bersyukur dengan keputusan exam ni. Walau x sampai tahap 4 flat atau dekan, tapi dapat juga pointer 3.xx. Hehe. Ni la hasil usaha aku sepanjang sem lepas. Aku dah cuba buat yang terbaik, selebihnya aku serahkan pada-Nya. Naik sem ni, aku dah ada di tahun akhir, aku akan cuba buat yang terbaik. Aku nak naikkan lagi pointer untuk kepuasan diri aku sendiri. Walau dah hampir 6 tahun aku bertapa di UM, termasuk 2 tahun di APIUM Nilam Puri, aku sangat gembira dalam dunia keilmuan ini. Nanti dah kuar, aku jadi cikgu@Ustaz@pensyarah, semua ni aku x akan jumpa lagi. Aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk tahun terakhir aku ada kat UM ni, semoga segala penat lelah aku menuntut ilmu sama ada secara formal atau tak, akan menghasilkan manfaat yang berguna di dunia dan akhirat. Untuk rakan-rakan seangkatan dalam lajnah SMPI batch 05/06, aku doakan kita semua akan beroleh kejayaan yang cemerlang untuk bekalan hari-hari mendatang. Rasa ni je dulu kot aku nak tulis, ada keje nak buat.

Sunday, June 8, 2008

Potong Elaun, Henti Koridor


Elaun pada menteri kena dipotong. Aku harap semua dapat sokong cadangan ni. Ye la, kalau diikutkan, gaji menteri dah berbelas dan berpuluh ribu, tambah lagi ada elaun kereta la, telefon la, ape2 lagi yang memakan duit rakyat. Konon suruh rakyat jimat cermat, faham situasi, tapi Pak Lah dengan Najib sama juga. Rakyat tengah susah hati sebab kenaikan mendadak harga minyak dan barang keperluan, tapi Pak Lah ketawa tengok keadaan macam ni. Sebab Pak Lah dah x minat nak tadbir negara. Dia tau rakyat akan marah, tapi kenapa naikkan secara mendadak. Sekarang harga barang dan tiket bas melambung. Apa akan jadi. Geliga sungguh kepala hotak sebab dah susahkan hidup aku dan orang lain. Sedangkan Pak Lah dan pak turut yang lain sedap2 naik kereta kerajaan yang ditukar ikut suka hati dorang, elaun itu ini yang banyak, tapi rakyat dapat apa. Pak Lah memang bodoh, x tau beza agaknya Ogos dengan Jun. Kata nak naikkan minyak pun bulan Ogos, tapi ni baru bulan Jun. Udah-udah la dengan koridor yang dah banyak guna duit rakyat, dan Najib dengan kapal selam dan helikopter. Lain kalai nilai la dulu kewangan. Ni koridor kat selatan, utara, timur, ingat buat semua tu murah. Dah pandai makan duit rakyat, pastu suruh rakyat yang jimat. Pak Lah dan pak turut dalam kabinet x payah jimat, guna je elaun sesuka hati. Iye la, Pak Lah kan dah tua, kena bantuan menantu untuk tadbir negara. Lagipun Pak Lah kan suka tidur, sebab tu buat keputusan macam orang x cukup akal. Orang yang xde akal je suka dengan tindakan Pak Lah ni. LETAK JAWATAN lagi bagus, bagi yang berhak. Jangan la nak kaburkan mata rakyat dengan agama, dengan duit yang kononnya nak pulangkan subsidi. Rakyat bukan bodoh. Jangan marah kalau buat demo dan desak letak jawatan. Berhentikan la pembinaan koridor ekonomi, potong elaun menteri. Jangan syok sendiri la PAK LAH....

Wednesday, June 4, 2008

Sebab Koridor, Minyak Naik Harga



Hari ni secara rasmi harga minyak naik di Malaysia. Pelbagai reaksi diterima dari lapisan masyarakat yang terkejut dengan berita yang menggemparkan negara ini. Tanpa ada sebarang tanda atau alamat, Pak Lah dengan bangga dan egonya mengumumkan bahawa minyak dinaikkan harga. Kenapa semua ni terjadi sedangkan kita adalah negara yang mempunyai minyak sendiri, dan janji pilihanraya yang mengatakan bahawa minyak tidak akan dinaikkan harga. Hidup semua rakyat menjadi kelam-kabut, dan Pak Lah tetap bersama habit kegemarannya, TIDUR. Dengan pembinaan koridor di seluruh negara yang telah menghabiskan duit pembayar cukai, dan kegemaran Pak Lah pergi keluar negara untuk urusan yang ntah ape2, sebagai langkah untuk menyelamatkan diri, Pak Lah menaikkan harga minyak sesuka hati. Walau katanya tetap diberi subsidi, tetapi adakah golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana akan hidup dengan selesa? Jauh sekali kerana apabila minyak naik, harga barangan tetap akan naik walau kata pak menteri harga barang akan dikawal. Sebelum ini pun konon nak kawal harga barang, tapi bila ditekan dan terus ditekan, kerajaan mengalah dan harga dinaikkan. Apakah ini semua kerana KUASA yang Pak Lah ada digunakan sepenuhnya. Ingatlah wahai Pak Lah, tanpa rakyar yang mengundi dan memberi sokongan, tak mungkin Pak Lah akan ada di kerusi PM, x mungkin Pak Lah dan partinya akan memerintah negara. Adakah kerana gaji Pak Lah tinggi, gaji menteri pun berbelas dan berpuluh ribu, nasib orang bawahan yang menyokong diabaikan? Rupa-rupanya rakyat di bawah hanya diperbodohkan oleh Pak Lah semata-mata untuk terus barada di kerusi PM. Hm, rupanya tersilap membiarkan BN memerintah negara. Ekonomi negara yang terus tidak stabil dan tidak terkawal menyebabkan semakin ramai rakyat akan menjadi miskin. Hentikanlah pembinaan koridor yang menelan duit rakyat itu. Tumpu pada perkara yang sepatutnya diambil berat. Sejak Pak Lah jadi PM ni, Malaysia menjadi lemah, bangsa melayu jadi semakin lesu, semua gara-gara Pak Lah. Kenapa berbaza dengan zaman Tun ye? Aku memang hormat papa Tun, kerana Malaysia semasa pemerintahannya menjadi negara yang disegani, tetapi di bawah Pak Lah menjadi bahan ketawa negara asing. Aku cuku BENCI semua ni, HIDUP TUN !!!

Harga MINYAK Naik !!


Kejutan dari Pak Lah, kononnya untuk memastikan nasib rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana terbela, ini la dia, harga minya naik sehingga 40% !!! Tidak pernah terfikir ke apa akan jadi kepada nasib yang bakal menimpa mereka yang kurang berkemampuan selepas ini. Harga barang semua akan naik, harga elektrik pun akan naik juga. Pak Lah memang dah melampau. Dulu naikkan harga minyak sampai 30 sen, tapi hari ni Pak Lah naikkan sampai 78 sen. Dari RM 1.92 jadi RM 2.70. Ingat rakyat x bayar cukai agaknya. Memang aku marah sangat, lepas ni harga barang naik, apa lagi alasan yang nak diberi agaknya. Bagi yang mampu aku x kisah sangat, macam Pak Lah, gaji berbelas ribu, memang x heran la semua ni naik, tapi bayangkan yang gaji cuma seribu sampai dua ribu je. Ingat kalau pulang balik duit yang kononnya subsidi masa nak renew road tax boleh lembutkan hati rakyat? Ini kerajaan yang nak Makan Duit Rakyat. Puas hati agaknya Pak Lah dengan kroninya dapat buat macam ni kat rakyat. Mentang-mentang ada kuasa, semua dia buat tanpa pk. Nak penuhkan kocek dengan duit rakyat agaknya sebelum letak jawatan. Inilah situasi menang-menang yang Pak Lah dan Shahrir nak. Mengkayakan yang memang dah kaya dan terus menindas yang miskin. Aku benci!!!!

Thursday, May 29, 2008

Coretan

Hari ni aku duduk je kat umah, biasa la, dah ada adik-adik kat umah, rasa seronok sebab dapat jumpa semua. Bukan senang nak semua nak ada kat umah. Ni la masa untuk aku luangkan bersama mereka, dan tanya tentang pelajaran semua. tapi yang penting cuti ni aku rasa biasa-biasa je. Hm, sebenarnya aku nak luahkan pendapat aku tentang satu benda ni. Mungkin berkaitan ilmu hitam atau benda yang kita x nampak di alam nyata. Macam ni, aku kadang-kadang pening kepala, sakit kepala dan benci bila ada orang yang mengatakan semua ni. Bukan aku x percaya, tapi kadang-kadang aku rasa ada yang percaya benda ni lebih dari mempercayai Allah sendiri.
Rumah nenek aku kena masuk orang beberapa minggu lepas, jadi benda ni muncul, ada yang mengatakan orang yang pecah masuk ke dalam rumah nenek aku tu tinggalkan `barang' atau `benda'. Aku berat hati nak percaya, ye la, mungkin trauma atau teringat kejadian tu, menyebabkan rasa hati jadi lain. aku susah nak percaya macam ni. Aku pernah tengok kejadian yang kena kacau jin, dan macam-macam lagi, jadi bila aku nak compare dengan kejadian yang menimpa umah nenek aku, aku macam rasa was-was.
Aku pun sebenarnya dah menjangkakan benda ni akan berlaku. Sebab pak sedara dengan mak sedara aku percaya dengan benda ni semua. Tapi aku, memang susah. Dorang kata ada benda yang ditinggalkan dalam rumah nenek aku lepas dipecah masuk. Tapi, aku rasa ini hanya kejadian biasa yang pernah juga menimpa keluarga aku.
Benda pertama yang aku nak tekankan adalah ibadat kepada Allah. Ini aku tengok dorang x buat ape yang ditugaskan sebagai orang islam. Aku dah pernah tegur, tapi tak ada ape kesan pun. Jadi bila diri jauh dengan Allah, syaitan akan sentiasa dekat. Macam - macam benda mengarut yang aku tengok ada. Itulah sebenarnya perbezaan hati yang sentiasa dekat dengan pencipta-Nya dengan hati yang sentiasa lalai. Bayangkan, paling buat aku sedih, adalah ada yang buat solat tu macam sesatu yang bukan penting. Tetapi mengaku ada ilmu, kononnya dapat buang benda yang kita x nampak.
Kehidupan kita semua sebagai manusia memang ada makhluk yang tidak boleh dilihat. Yang penting kita bina hubungan yang erat dengan Allah agar tidak terjadi sesuatu yang boleh merosakkan akidah. Maklumlah, iman senipis kulit bawang, dan iman ini boleh bertambah dan berkurang. Jadi untuk semua saudara, sama ada saudara seagama dan saudara saya sendiri, Ingatlah, pergantungan kepada Allah penting dan hiduplah kita semua dengan jalan yang ditetapkan-Nya. Nasihat ini untuk diri saya yang lemah ini, dan untuk semua yang membaca blog ini.
Wassalam

Tuesday, May 27, 2008

100 Hari Sebelum MATI, Tandanya...





Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang Terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita Akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu Di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
Berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan Sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah
kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Lirik Lagu Chantek

Lirik lagu yang best, aku suka. Walau tak terlalu islamik, tetapi ada unsur dakwah untuk disampaikan...


Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara
Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek…Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
ChantekDirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa
Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu