Monday, April 12, 2010
Debaran..
Alhamdulillah, dapat juga menulis entri di dalam blog setelah lama berehat. Sekarang mengajar di Sekolah Menengah Islam hidayah, tetapi x lama lagi, akan berangkat ke Sabah, Negeri Bawah Bayu, sebab mendapat penempatan mengajar di sana. Walau rasa sayang untuk meninggalkan sekolah SMIH ini, tetapi setelah berbincang dengan famili, ini keputusan terbaik yang aku dapat buat. Semoga pilihan aku ni mendapat keredhaan Allah dan dipermudahkan semua urusan aku.
Kat SMIH ni amat menyeronokkan walaupun masa di sekolah sama seperti di waktu pejabat. Jam 6.45 pagi, biasanya aku dah bertolak ke sekolah dari rumah sewa dan kebiasaan jam 5 petang, baru aku bertolak balik ke rumah. Hampir 3 bulan mengajar di SMIH ni, macam2 ragam pelajar dan guru aku dapat lihat. Tu yang buat aku rasa sedih, tapi ni la kehidupan, kita kena mencari perubahan agar kita dapat menambahbaik diri kita ini.
Wednesday, September 2, 2009
Ramadhan Barakah
Ramadhan merupakan madrasah agung yang banyak untuk kita pelajari daripadanya. Cara terbaik untuk mengenali tetamu yang mulia ini ialah dengan melihat bagaimana Rasulullah saw menyambut bulan ini. Bagaimaa baginda bersedia untuknya? Sejak bulan Rajab lagi baginda sudah berdoa “Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”. Inilah persedian jiwa dan kerinduan muslimin yang inginkan segala kebaikan yang terkandung dalam bulan ini.
Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik. Pakar psikologi menyatakan bahawa: jika manusia ingin mengubah sikapnya, hendaklah dia berterusan membiasakan dirinya dengan sikap yang baru selama 21 hari, inilah Ramadhan yang datang untuk membiasakan kita dengan sikap positif selama 30 hari! Semoga Ramadhan mampu membiasakan kita dengan sifat-sifat berikut:
1. Ikhlas…..Puasa merupakan satu-satunya ibadah yang menjadi rahsia antara hamba dan TuhanNya. Ibadah yang khusus untuk Allah swt. Ibadah lain seperti sujud dan korban boleh dibuat selain kerana Allah tetapi kita tidak dapati seseorang puasa kecuali kerana Allah swt.
2. Sabar….. Seorang muslim berlatih untuk bersabar dan memikul bebanan. Pada bulan-bulan lain mungkin kita selalu marah dan bersikap kurang sabar, tetapi dalam bulan Ramadhan kita akan bersabar sehingga waktu berbuka puasa.
3. Penyantun….. Sekiranya seseoarang dicaci atau diejek, dia terus berkata: “Ya Allah aku sedang berpuasa”, maka ini melatih kita untuk menahan marah.
4. Disiplin dan ketepatan masa…Waktu adalah kehidupan, seperti yang dinyatakan Hassan al-Banna. Pada bulan-bulan lain kita jarang sekali melihat kepada jam waktu, tetapi dalam Ramadhan kita sentiasa meneliti waktu seperti sahur, berbuka puasa dan waktu azan.
5. Kesatuan ummah…bilangan muslimin seluruh dunia mencapai 1 billion. Bayangkan jumlah yang sebegitu ramai bersama-sama berpuasa dan berkumpul untuk beribadah.
Friday, June 19, 2009
Friday, February 13, 2009
Entah la..
Aku mendoakan agar mak dan bapakku akan sentiasa dalam kerahmatan Ilahi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala apa yang mak dan bapakku lakukan..
along sayang mak, along sayang bapak...
Tuesday, January 27, 2009
Monday, January 26, 2009
Multi Login pada YM
Pada post kali ini akan tunjukkan kepada anda bagaimana membuat multi login pada Yahoo Messenger YM ) . Sebenarnya anda boleh lihat banyak blog yang lain membuat artikel mengenai multi login YM ini. Untuk melakukan multi login pada YM adalah sangat mudah,anda hanya perlu mengubah dan menambah beberapa key pada registry..
Harap artikel yang di post ini akan dapat membantu
- Pertama sekali pergi ke Run.Klik Start --> Run --> Taip "regedit" .
- Kemudian pergi ke HKEY_CURRENT_USER ,double klik kemudian pergi/klik software.Lihat gambarajah dibawah.
- Kemudian Double Klik pada software tu kemudian pergi ke "yahoo".Kemudian masuk kedalam yahoo cari "pager".Double klik pada pager tersebut.
- Kemudian kemudian cari "test" dan klik pada test tersebut.Baiklah lihat sebelahnya buat satu key baru..Klik kanan -> New -> DWORD Value.
- Namakan key yang baru tersebut sebagai plural seperti gambarajah.
- Kemudian Double Klik pada plural tersebut dan letakkan nilai 1
- Selesai...Tutup regedit tersebut dan kini anda boleh membuka Yahoo Messenger lebih dari satu.Jika anda mempunyai 2 akaun yang ingin digunakan untuk YM, anda boleh membukanya serentak..
Tuesday, January 20, 2009
Pilihanraya Kampus UM : Pro Mahasiswa Meraih Kemenangan
aku seperti biasa, setiap tahun akan membuang undi. Cuma kali ini aku rasa agak sedih, kerana ini adalah kali terakhir aku mengundi di UM, kerana status aku sebagai pelajar tahun akhir. Tetapi aku masih mengharapkan sesuatu yang belum aku dapati dari mula aku memasuki UM kl ini sehingga hari aku mengundi pada 19 hb, iaitu kemenangan bagi pihak Pro-M. Aku mengharapkan agar kemengan berpihak pada Pro-M. Jadi malam pengumuman keputusan PRK, aku pergi ke DTC, untuk mengetahui keputusan yang aku nanti-nantikan. Dari setik 12 malam, aku menunggu di DTC, tetapi terpaksa menunggu di luar, kerana proses pengiraan masih lagi berlangsung. Sehingga jam menunjukkan 4.20 pagi, barulah aku dan semua mahasiswa yang menunggu dibenarkan masuk ke DTC. Laungan dari rakan-rakan yang menyokong Pro-M menggamatkan DTC. Keputusan yang diumumkan sangat mengejutkan, Di Fakulti boleh dikatakan seimbang antara Pro-M dan juga Gerak, tetapi aku menanti Keputusan Umum. Sebaik sahaja keputusan bagi kawasan umum diumukan, aku sangat terkejut dan gembira. 8 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan dimiliki oleh Pro-M. hajat untuk melihat mahasiswa Pro-M mengetuai MPMUM menjadi kenyataan dan ini adalah detik manis aku sebelum aku melangkah kaki keluar dari UM, semoga berjaya dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan jayanya...