Lamanya x menjenguk ke blog sendiri. Aku rasa ada keje yang berlambak-lambak, sampai xsempat nak update blog sendiri. Tapi aku tetap akan cube postkan, walau sikit. Diam x dian, sekarang aku dah semester last di UM, dan aku juga lagi 3 bulan untuk menamatkan pengajian, sebelum pegi latihan mengajar di sekolah selama 2 bulan. Aku harap semuanya akan berjalan dengan baik, dan aku akan berjaya dengan segulung ijazah untuk memuktamadkan bahawa aku adalah seorang graduan. Hari-hari yang berlalu ni terasa sangat cepat. Aku x puas lagi menikmati alam pembelajaran, tetapi itulah namanya kehidupan, fitrah manusia, akan membesar, dari seorang akan berdua, dan akan bertambah kepada beberapa orang. Masa depan yang aku masih belum pasti apa yang akan aku capai, kerana keutamaan aku adalah pada keluarga ke. Aku sebagai anak sulung ada tanggungjawab untuk membantu meringankan beban mak dan bapak aku, yang selama ni banya bersusah payah untuk menanggung makan, minum, pakai dan segalanya aku dan 4 orang lagi adikku. Aku harap bila aku dah ada kerjaya sendiri, aku dapat membantu meringankan perbelanjaan keluarga, membantu mana yang boleh. Bila aku duduk diam, mengenangkan apa jua ujian yang telah aku sekeluarga tempuhi, boleh mengalir air mata. Kalaulah bapakku bukan seorang yang gigih, kalau bukan makku yang banyak membantu dari segi moral dan perbelanjaan, rasanya aku x akan jadi seperti sekarang. Aku tak tahu, aku mampu atau tidak, seandainya aku ditimpa musibah yang sama dengan apa yang dialami oleh kedua orang ibu bapaku...
Aku mendoakan agar mak dan bapakku akan sentiasa dalam kerahmatan Ilahi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala apa yang mak dan bapakku lakukan..
along sayang mak, along sayang bapak...
Aku mendoakan agar mak dan bapakku akan sentiasa dalam kerahmatan Ilahi, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala apa yang mak dan bapakku lakukan..
along sayang mak, along sayang bapak...
No comments:
Post a Comment