Lama x menulis rasanya. Tapi aku nak kongsi sesuatu yang amat menggembirakan bersama pelawat di blog aku ni. Tanggal 19 Januari, UM telah mengadakan pilihanraya kampus untuk memilih bakal pimpinan MPMUM yang akan memberi khidmat kepada seluruh mahasiswa di UM. Sejak dari penamaan calon, aku lihat Pro-M lebih banyak menguasai suasana kempen walau sukar untuk menebusi kolej-kolej kediaman akibat dari rintangan yang sengaja dibuat oleh pihak pengurusan. Tetapi aku lihat jentera Pro-M tetap bersemangat berkempen manakala kumpulan Gerak pula, diam membisu sepanjang kempen. Entah mengapa, mungkin kerana yakin kemenangan akan dicapai berdasarkan pengalaman lalu, serta pertolongan dari pihak TNC.
aku seperti biasa, setiap tahun akan membuang undi. Cuma kali ini aku rasa agak sedih, kerana ini adalah kali terakhir aku mengundi di UM, kerana status aku sebagai pelajar tahun akhir. Tetapi aku masih mengharapkan sesuatu yang belum aku dapati dari mula aku memasuki UM kl ini sehingga hari aku mengundi pada 19 hb, iaitu kemenangan bagi pihak Pro-M. Aku mengharapkan agar kemengan berpihak pada Pro-M. Jadi malam pengumuman keputusan PRK, aku pergi ke DTC, untuk mengetahui keputusan yang aku nanti-nantikan. Dari setik 12 malam, aku menunggu di DTC, tetapi terpaksa menunggu di luar, kerana proses pengiraan masih lagi berlangsung. Sehingga jam menunjukkan 4.20 pagi, barulah aku dan semua mahasiswa yang menunggu dibenarkan masuk ke DTC. Laungan dari rakan-rakan yang menyokong Pro-M menggamatkan DTC. Keputusan yang diumumkan sangat mengejutkan, Di Fakulti boleh dikatakan seimbang antara Pro-M dan juga Gerak, tetapi aku menanti Keputusan Umum. Sebaik sahaja keputusan bagi kawasan umum diumukan, aku sangat terkejut dan gembira. 8 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan dimiliki oleh Pro-M. hajat untuk melihat mahasiswa Pro-M mengetuai MPMUM menjadi kenyataan dan ini adalah detik manis aku sebelum aku melangkah kaki keluar dari UM, semoga berjaya dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan jayanya...

No comments:
Post a Comment