Thursday, May 29, 2008

Coretan

Hari ni aku duduk je kat umah, biasa la, dah ada adik-adik kat umah, rasa seronok sebab dapat jumpa semua. Bukan senang nak semua nak ada kat umah. Ni la masa untuk aku luangkan bersama mereka, dan tanya tentang pelajaran semua. tapi yang penting cuti ni aku rasa biasa-biasa je. Hm, sebenarnya aku nak luahkan pendapat aku tentang satu benda ni. Mungkin berkaitan ilmu hitam atau benda yang kita x nampak di alam nyata. Macam ni, aku kadang-kadang pening kepala, sakit kepala dan benci bila ada orang yang mengatakan semua ni. Bukan aku x percaya, tapi kadang-kadang aku rasa ada yang percaya benda ni lebih dari mempercayai Allah sendiri.
Rumah nenek aku kena masuk orang beberapa minggu lepas, jadi benda ni muncul, ada yang mengatakan orang yang pecah masuk ke dalam rumah nenek aku tu tinggalkan `barang' atau `benda'. Aku berat hati nak percaya, ye la, mungkin trauma atau teringat kejadian tu, menyebabkan rasa hati jadi lain. aku susah nak percaya macam ni. Aku pernah tengok kejadian yang kena kacau jin, dan macam-macam lagi, jadi bila aku nak compare dengan kejadian yang menimpa umah nenek aku, aku macam rasa was-was.
Aku pun sebenarnya dah menjangkakan benda ni akan berlaku. Sebab pak sedara dengan mak sedara aku percaya dengan benda ni semua. Tapi aku, memang susah. Dorang kata ada benda yang ditinggalkan dalam rumah nenek aku lepas dipecah masuk. Tapi, aku rasa ini hanya kejadian biasa yang pernah juga menimpa keluarga aku.
Benda pertama yang aku nak tekankan adalah ibadat kepada Allah. Ini aku tengok dorang x buat ape yang ditugaskan sebagai orang islam. Aku dah pernah tegur, tapi tak ada ape kesan pun. Jadi bila diri jauh dengan Allah, syaitan akan sentiasa dekat. Macam - macam benda mengarut yang aku tengok ada. Itulah sebenarnya perbezaan hati yang sentiasa dekat dengan pencipta-Nya dengan hati yang sentiasa lalai. Bayangkan, paling buat aku sedih, adalah ada yang buat solat tu macam sesatu yang bukan penting. Tetapi mengaku ada ilmu, kononnya dapat buang benda yang kita x nampak.
Kehidupan kita semua sebagai manusia memang ada makhluk yang tidak boleh dilihat. Yang penting kita bina hubungan yang erat dengan Allah agar tidak terjadi sesuatu yang boleh merosakkan akidah. Maklumlah, iman senipis kulit bawang, dan iman ini boleh bertambah dan berkurang. Jadi untuk semua saudara, sama ada saudara seagama dan saudara saya sendiri, Ingatlah, pergantungan kepada Allah penting dan hiduplah kita semua dengan jalan yang ditetapkan-Nya. Nasihat ini untuk diri saya yang lemah ini, dan untuk semua yang membaca blog ini.
Wassalam

Tuesday, May 27, 2008

100 Hari Sebelum MATI, Tandanya...





Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang Terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita Akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu Di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
Berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan Sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya Tanda Akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah
kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Lirik Lagu Chantek

Lirik lagu yang best, aku suka. Walau tak terlalu islamik, tetapi ada unsur dakwah untuk disampaikan...


Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara
Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwa
Oh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah
Ayuh kita berumah tangga

Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek…Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…
Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu

Aku..
Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju

Chantek..
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
ChantekDirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka di jiwa
Oh chantek…
Sungguh aku cinta kamu




HATI atau AKAL...




Setiap manusia dikurniakan dengan akal fikiran dan hati. Ini yang membezakan antara manusia dengan selainnya. Apa guna akal jika tidak dapat digunakan dengan betul, dan apa guna hati jika perasaan yang buruk sentiasa ada di dalamnya. Hatta pelajar universiti pun kadang-kala tidak menggunakan akal yang dikurniakan dengan betul. Masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sekarang juga boleh dikatakan dengan kecetekan pemikiran dalam menggunakan akal untuk berfikir.



Adakah pelajar IPTA berbangga dengan status sebagai mahasiswa atau mahasiswi dengan hanya kerana dapat menjejakkan kaki ke IPT? Apakah tahap keilmuan seseorang itu diukur dengan hanya kerana dapat menjejakkan kaki ke IPT. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan kerana sekarang, jika dilihat, kualiti pelajar IPT sama sahaja seperti yang tidak memasuki IPT. Baik dari segi pakaian, sosial, percakapan atau sebagainya. Kenapa semua ini harus terjadi?



Semua ini tidak akan terjadi jika kita semua melakukan semua yang diperintahkan oleh Allah dan hidup dengan mengikut garis panduan yang ditulis dalam al-Quran. Jika dilihat dari pandangan mata, banyak perbezaan dapat dilihat antara orang yang taat kepada perintah Allah dengan orang yang lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim.

Mahasiswa kini adalah mahasiswa yang boleh dikatakan lesu dan mempunyai minda belajar untuk mendapat sijil. Bagi mereka sekeping sijil yang diperolehi itu lebih bernilai dari pengalaman dan ilmu yang sepatutnya mereka kuasai di IPT. Dan terdapat juga segelintir mahasiswa yang begitu obses kononnya pemikiran mereka adalah baik, apa yang mereka lakukan bersama kumpulan mereka adalah betul, mengatakan orang lain salah, orang lain tidak betul. Adakah itu tujuan mereka menimba ilmu? Adakah perlu mengikuti sesuatu dengan begitu taat sehingga mengabaikan pelajaran. Dilihat ada yang sanggup meninggalkan kuliah, ada yang sanggup tidak menghadiri peperiksaan semata-mata kerana mengikuti program yang dikatakan sangat penting. Adakah ini ikutan yang baik.

Tidak dinafikan ilmu agama penting dalam kehidupan, tetapi kesederhanaan itu adalah sebaiknya. Pernahkah kita memikirkan harapan ayah dan ibu kita yang selama ini banyak berkorban segalanya, tetapi kita di IPT tidak menghargainya. Mengenepikan keluarga kerana kononnya ada yang lebih penting. Pernahkah difikirkan siapa yang menyara, memberi duit belanja, yang melahirkan dan menjaga kita dari sekecil tapak tangan sehingga masuk ke IPT? Adakah rakan-rakan kita yang berada di IPT yang membuat semua itu. Kadang-kala semua ini tidak dipedulilkan kerana beranggapan diri sudah besar, pandai, tahu menjaga diri. Adakah ini yang disebut sebagai mahasiswa yang berjaya....






Monday, May 26, 2008

HUKUM LELAKI PAKAI GELANG


Oleh Ustaz Zainuddin Hashim

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.


Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.


Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.


Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.


Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-


1) Gelang Kayu koka

2) Gelang Kristal

3) Gelang Tasbih

4) Gelang Getah plastik

5) Gelang Besi magnet

6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)


Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)

2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)

3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.


Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.


wallhualam.


Ustaz Zainuddin Hashim


UNTUK LIHAT ARTIKEL PENUH SILA KLIK

Kenduri


Assalamualaikum semua. Dah 2 hari tak dapat nak tulis kat blog sebab ada kenduri kat umah pakcik di Kulai. Seronok sebab dapat jumpa semua sekali saudara yang dah lama x jumpa. Ye la, masa cuti macam ni lah yang boleh dimanfaatkan dengan aktiviti yang mcam ni. Bila dah naik kuliah, memang susah nak jumpa. Sepupu yang kecil, Auni pun dah pandai berjalan sekarang. Ni nak cite sikit, masa aku baru mula cuti, dan sampai johor, selang 2, 3 hari lepas tu satu kejadian malang menimpa nenek dan pakcik aku. Rumah nenek aku kena pecah, tapi nasib baik semua selamat termasuk nenek aku, walaupun dia dah agak uzur. Memang banyak bersepah ye la sebab dibongkar oleh penyamun tu. Lepas tu di acu dengan parang oleh dorang pulak. Sampai sekarang nenek aku masih trauma dan tak boleh tinggal sementara kat rumah kampung tu. Duduk umah anak-anaknya dulu. Ni la masalah kat Felda tempat aku duduk, sebab aku duduk kat kuarters guru dekat dengan rumah nenek aku. Mungkin sebab keadaan malam yang sunyi menyebabkan kejadian macam tu senang berlaku. Budak-budak kat Felda ni pun entah ape-ape je. Main dengan motor siang sampai malam sampai mengganggu keadaan orang lain. Kadang-kadang tensen juga. Tapi ni la hidup menumpang kat Felda. Rumah yang ayah aku beli tak siap-siap lagi sampai sekarang. Entah la, apa jadi pun aku tak tau.

Wednesday, May 21, 2008

Tun Keluar UMNO, Kenapa?


Petikan dari Blog Tun Dr. Mahathir

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.
Untuk petikan penuh sila klik

Tuesday, May 20, 2008

Kenapa Ye


Aku selalu duduk, fikir. Kenapa sekarang ni, aku tengok Islam semakin dipersenda, sama ada kita sebagai penganutnya sedar atau tidak. Paling ketara aku tengok dalam dunia hiburan kita. Macam-macam perangai boleh kita tengok, walau aku kurang berminat dengan hiburan, tapi amik tau juga buat pengetahuan. Yang pakai tudung, tapi pakai baju ketat, ada juga yang sekadar tutup rambut je, tapi leher nampak, ada yang terkinja-kinja, dan macam-macam lagi. Nila, bila orang dah kejar dunia melebihi akhirat. Aku nak timbulkan satu persoalan, dapatkah kita semua tahu tarikh atau masa kita akan mati? Mungkin semua ni terjadi, sebab kita x nampak ganjaran yang Allah bagi andai kita buat kebaikan, atau dosa andai kita buat kejahatan. Ini semua adalah atas kekuatan iman kita sendiri, aku pun bukan alim sangat, tapi bab agama ni kita semua x boleh nak permain atau persenda. Yang balik haji, tapi sebulan dua je boleh tahan pakai tudung tutup semua, lepas tu kembali asal. Jadi haji apa yang mereka kerjakan. Lebih baik peluang yang dorang dapat tu bagi pada mereka yang lebih memerlukan, yang memang ikhlas beribadat kepada Allah. Semua ni aku tengok seolah semua ni sengaja nk mencabar kesucian agama Islam tu sendiri walau aku andaikan mereka tak sedar. Kalau bab sosial, percampuran lelaki perempuan, lagi dasyat. Memang buat macam dunia ni tak akan kiamat, seronok, bangga dengan clubbing, pegang tangan tu kira macam benda kecik sangat. Pelik. Sampai sorang penyanyi nasyid keluar kumpulan nasyid untuk beralih ke irama rock, tapi apa jadi sekarang. Luaran semua orang boleh nilai, tapi dalaman kita macam mane? Nampak rapuh iman kita semua termasuk aku sebab biarkan benda ni semua berlaku. Tapi yang sedar, kita hanya mampu berdoa dan berusaha apa yang kita mampu sahaja. Jadi peringatan untuk aku sendiri dan semua yang membaca, MUHASABAH diri, renung kembali apa yang kita dah buat. Cukupkah bekalan kita untuk mengadap-Nya andai kita dipanggil....

Astro kena blok


Hari yang tensen hari ni. Tiba-tiba astro kena blok. Padahal tak pernah lagi miss bayar bil. Call khidmat pelanggan banyak kali, kredit dah berkurangan, tapi x dapat juga. Memang x puas hati. Mungkin masalah pada Smart Card yang baru, x sampai lagi. Dah la esok ada final Liga Juara-juara. Aku nak tengok team feveret aku, Man united main. Dengan cuti yang panjang ni, aku banyak menghabiskan masa kat umah, maklumlah sekarang la masanya aku dapat luangkan masa dengan famili. Kalau dah naik semester, memang x dapat jumpa famili dengan adik-adik. Ni tengah tunggu adik aku lagi 2 orang untuk balik bercuti. Sorang tengah studi kat MMU Melaka, sorang lagi tingkatan 3 kat SBPI Pekan, Pahang. Seronok sangat dapat kumpul adik beradik semua dengan famili. Ye la, kalau x semua kat luar Johor. Aku kat UM, angah kat MMU Melaka, Ika kat KPTM Kota Bharu,Kelantan, Lia kat Pekan Pahang, tinggal la sorang je adik aku yang baru sekolah Pasti kat Johor ni. Walaupun agak boring cuti ni, tapi aku gembira dapat duduk dengan famili, tolong mak buat persiapan berniaga, dan macam-macam keje lagi. Yang penting jangan duduk goyang kaki.

Wednesday, May 14, 2008

Bercuti

Sekarang dah mula cuti semester di Universiti Malaya. Setelah penat memerah otak belajar dan exam, sekarang tiba masa untuk berehat selama 2 bulan. Keseronokan belajar ni tak boleh digambarkan walaupun kadang-kadang rasa macam penat sangat, malas, boring dan berbagai lagi rasa. Tapi ni la tanggungjawab saya selaku mahasiswa di IPTA. Semua ini adalah lumrah dan akan menjadi suatu kenangan yang paling indah dalam hidup ni bila saya dah habis belajar. Tinggal setahun lagi masa untuk dihabiskan, selepas itu saya akan keluar mengajar selaku seorang guru. Inilah kehidupan, dari sekolah, melangkah ke universiti, kemudian ke alam pekerjaan. Saya berharap semoga apa yang dilakukan ini mendapat keberkatan dari-Nya...

Prakata




Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sedari awal lagi saya teringin untuk memiliki blog sendiri. Tetapi kekangan masa di samping masa pelajaran di UM yang agak padat membantutkan usaha dan keinginan saya. Tetapi apabila cuti menjelang kini, saya punya lebih masa untuk diri sendiri dan dapat juga berusaha untuk memiliki blog sendiri. Diharap pelawat yang melawat blog saya ini dapat memberi sedikit komen atau cadangan untuk saya perbaiki....